Pembukaan Semula Taman Eko Rimba (TER) dan Pendakian Gunung

PEMBERITAHUAN PEMBUKAAN SEMULA TAMAN EKO RIMBA 

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah membuka semula semua Taman Eko Rimba (TER) dan aktiviti pendakian gunung mulai 16 Disember 2019 (Isnin). 

Para pengunjung adalah dinasihatkan untuk sentiasa mengutamakan keselamatan diri semasa menjalankan sebarang aktiviti rekreasi di kawasan Hutan Simpanan Kekal.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke Jabatan Perhutanan Negeri Pahang : 09-5732911/2914.

 

ANNOUNCEMENT ON RE OPENING OF AMENITY FORESTS

Hereby to inform that Pahang State Forestry Department is re-opening all its amenity forests and hiking activity with effective from 16 December 2019 (Monday).

All visitors are advised to take safety and precautionary measures while engaging in recreational activities at the Permanent Reserved Forests.

For any inquiries, please contact Pahang State Forestry Department : 09-5732911/2914.

 

Pemberitahuan Pembukaan Semula Taman Eko Rimba Mossy Forest

Sukacita dimaklumkan bahawa Taman Eko Rimba Mossy Forest di Cameron Highlands telah dibuka semula mulai 20 Disember 2019.  Para pengunjung boleh melakukan aktiviti rekreasi di kawasan boardwalk Taman Eko Rimba Mossy Forest apabila keadaan cuaca mengizinkan atau berkeadaan baik.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke Jabatan Perhutanan Negeri Pahang : 09-5732911/2914.

 

ANNOUNCEMENT ON RE-OPENING OF MOSSY FOREST

Please be informed that Mossy Forest in Cameron Highlands is now reopened to all visitors with effective from 20 December 2019.  The visitors are allowed to engage in recreational activities at the boardwalk of Mossy Forest, weather permitting.

For any inquiries, please contact Pahang State Forestry Department : 09-5732911/2914.

Penutupan Sementara Taman Eko Rimba Mossy Forest

PEMBERITAHUAN

PENUTUPAN SEMENTARA TAMAN EKO RIMBA MOSSY FOREST

(5 DISEMBER 2019-31 JANUARI 2020)

Dimaklumkan mulai 5 Disember 2019 hingga 31 Januari 2019, Taman Eko-Rimba Mossy Forest di Negeri Pahang akan ditutup sementara kepada pengunjung disebabkan oleh kerosakan struktur boardwalk akibat daripada kejadian pokok tumbang dan tanah runtuh.

Taman Eko Rimba Mossy Forest akan dibuka semula setelah kerja-kerja pembaikan selesai dan struktur adalah selamat untuk kegunaan pengunjung.

Bagi pengunjung yang tidak mematuhi notis pemberitahuan ini, tindakan undang-undang akan dikenakan di bawah Akta Perhutanan Negera 1984. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke Jabatan Perhutanan Negeri Pahang: 09-5732911 / 2914.

Penutupan Sementara Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri

PEMBERITAHUAN

PENUTUPAN SEMENTARA TAMAN EKO RIMBA DAN HUTAN TAMAN NEGERI

(1 NOVEMBER 2019-31 JANUARI 2020)

Dimaklumkan mulai 1 November 2019 hingga 31 Januari 2020, Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri di Negeri Pahang akan ditutup kepada pengunjung untuk menjalankan aktiviti termasuk pendakian gunung disebabkan musim tengkujuh.  Pengunjung yang tidak mematuhinya, tindakan undang-undang akan dikenakan dibawah Akta Perhutanan Negara 1984.  Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke Jabatan Perhutanan Negeri Pahang : 09-5732911-2914.

 

 

 ANNOUNCEMENT

TEMPORARY CLOSING BASIS OF AMENITY AND STATE PARK FOREST

(1ST NOVEMBER 2019-31ST JANUARY 2020)

Hereby to inform effective from 1st November 2019 until 31st January 2020, Amenity and State Park Forest will be closed to all visitors due to rainy seasons.  Therefore, any activities comprises mountain climbing are not allowed during this period.  If any visitors/individual disobey this announcement, a strict punishment will be charged under National Forestry Act 1984.  Any inquiries can be contacted to Pahang State Forestry Department ; 09-5732911-2914.

Penanaman Pokok Durian Dalam Kawasan Hutan Simpan Kekal

 jata

MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI MALAYSIA

(Minister of Water, Land and Natural Resources)

Penubuhan Ladang Hutan adalah bertujuan untuk menampung bekalan kayu-kayan daripada hutan asli bagi membekal spesies kayu kayan bermutu tinggi dalam menyokong pelaksanaan Dasar Perindustrian Kayu Negara 2010 (NATIP).  Tumpuan penubuhan Ladang Hutan adalah di kawasan-kawasan HSK yang terosot.  Kawasan ini merupakan kawasan HSK yang dikelaskan sebagai kawasan Hutan Pengeluaran iaitu suatu kawasan hutan yang akan diusahahasil bagi tujuan pengeluaran kayu balak. 

Pada masa ini, sebanyak lapan (8) spesies yang telah dikenal pasti dan boleh dipertimbangkan untuk tanaman ladang hutan di bawah NATIP yang dibiayai menerusi dana Pembangunan Ladang Hutan, iaitu :

  1. Akasia (Acacia mangium);
  2. Batai (Paraserianthes falcataria);
  3. Binuang (Octomeless sumatrana)
  4. Getah (Hevea spp.);
  5. Jati (Tectona grandis);
  6. Khaya (Khaya ivorensis); dan
  7. Kelempayan (Neolamarckia cadamba)

Pokok durian tidak termasuk sebagai salah satu daripada spesies Ladang Hutan yang dikenalpasti untuk ditanam di bawah NATIP.  Pokok durian tidak menepati ciri-ciri pokok ladang hutan dan tidak boleh menggantikan keadaan semulajadi hutan yang memberikan pelbagai perkhidmatan ekosistem yang penting seperti kawasan tadahan air dan habitat hidupan liar.  

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Isnin 23 November 2020.
Hari Ini 77
Semalam 205
Minggu Ini 524
Bulan Ini 4687
Jumlah Pelawat 143800

Test

sasasasasasasasa