PEMBERITAHUAN

PENUTUPAN SEMENTARA TAMAN EKO-RIMBA (TER) DAN HUTAN TAMAN NEGERI (HTN)

SERTA AKTIVITI PENDAKIAN REKREASI DI HUTAN SIMPANAN KEKAL (HSK) NEGERI PAHANG

(14 November 2020 hingga 15 Januari 2021)

 

Dimaklumkan mulai 14 November 2020 hingga 15 Januari 2021, semua Taman Eko-Rimba (TER) dan Hutan Taman Negeri (HTN) serta aktiviti rekreasi di Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Negeri Pahang akan ditutup sementara kepada semua pengunjung. Penutupan sementara ini adalah berikutan musim tengkujuh yang melanda negeri ini.

Oleh itu, semua jenis aktiviti rekreasi termasuk pendakian gunung, sukan lasak berkenderaan, penjelajahan gua, treking dan lain-lain jenis aktiviti riadah adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh ini.

Penutupan ini adalah dikecualikan ke atas kawasan ekopelancongan yang telah diswastakan kepada operator-operator iaitu;

i. TER Kem Nusa, Daerah Jerantut

ii. TER Ulu Tembeling, Daerah Jerantut

iii. TER Sg Pandan, Daerah Kuantan

iv. TER Kenong, Daerah Lipis

v. TER Lubuk Yu, Daerah Maran

vi. Taman Negeri Rompin, Daerah Rompin 

vii.  Air Terjun Pelangi, Sg Lembing, Daerah Kuantan

viii. Air Terjun Ulu Tampik, Janda Baik, Daerah Bentong

ix. Kawasan Rekreasi Kuala Gandah, Daerah Temerloh

Namun, para pengunjung adalah dinasihati untuk menjaga keselamatan sendiri jika berada di kawasan ekopelancongan yang diswastakan di atas.

 

 

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Isnin 23 November 2020.
Hari Ini 62
Semalam 205
Minggu Ini 509
Bulan Ini 4672
Jumlah Pelawat 143785

Test

sasasasasasasasa