Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Malim Gunung Perhutanan (MGP) Negeri Pahang telah dibuka kepada anak tempatan Negeri Pahang yang berminat mulai 21 Disember 2020 hingga 20 Januari 2021.

Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian melalui pautan https://forms.gle/dApjsBpwddupjJVo7

Individu yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang akan dipertimbangkan untuk menyertai kursus MGP Negeri Pahang pada tahun 2021 secara berperingkat, tertakluk kepada keperluan semasa.

Syarat mendaftar Malim Gunung Perhutanan (MGP) Negeri Pahang:

  • MGP Negeri Pahang mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 18 hingga 60 tahun pada tarikh permohonan.
  • MGP Negeri Pahang mestilah terdiri daripada anak negeri atau yang telah bermastautin di Negeri Pahang tidak kurang daripada lima (5) tahun (Perlu dapatkan pengesahan daripada Penghulu).
  • MGP Negeri Pahang mestilah sihat tubuh badan (fizikal dan mental) dan mestilah bebas daripada pengaruh dadah, alkohol dan tiada rekod jenayah sivil (Jabatan akan menjalankan semakan dengan agensi berkaitan).
  • MGP Negeri Pahang hendaklah mempunyai kemahiran membaca dan menulis bagi tujuan peningkatan modal insan yang akan dilakukan secara berterusan.
  • Mempunyai pengalaman minimum tiga (3) tahun atau lebih dalam melakukan aktiviti pendakian khususnya di sesuatu kawasan pendakian (Pembuktian melalui sijil berkaitan).
  • Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) boleh menetapkan syarat / kriteria tambahan (jika perlu).
  • Keputusan memilih dan menyenarai pendek MGP Negeri Pahang merupakan hak mutlak JPNP berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Rabu 20 Januari 2021.
Hari Ini 128
Semalam 215
Minggu Ini 526
Bulan Ini 3296
Jumlah Pelawat 154891

Test

sasasasasasasasa