Penutupan Sementara Taman Eko-Rimba, Hutan Taman Negeri dan Kawasan Pendakian Dalam Hutan Simpanan Kekal di Negeri Pahang

Dimaklumkan mulai 19 Disember 2021 sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, semua Taman Eko-Rimba, Hutan Taman Negeri dan kawasan pendakian dalam Hutan Simpanan Kekal di Negeri Pahang akan ditutup sementara kepada semua pengunjung. Penutupan sementara ini adalah berikutan musim tengkujuh yang melanda negeri ini.

Oleh itu semua jenis aktiviti rekreasi termasuk pendakian gunung, sukan lasak berkenderaan, penjelajahan gua, treking dan lain-lain jenis aktiviti riadah adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh ini.

Bagi pengujung yang tidak mematuhi notis pemberitahuan ini, tindakan undang-undang akan dikenakan di bawah Akta Perhutanan negara 1984. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke Jabatan Perhutanan Negeri Pahang di talian 09-5732911/2414.

Penutupan Sementara Taman Eko-Rimba Lentang, Daerah Bentong

Dimaklumkan bahawa Taman Eko-Rimba (TER) Lentang, Daerah Bentong akan ditutup pada tarikh berikut:

Bil

Perkara Tarikh Tutup
i.

Projek pembinaan Power House oleh PASDEC Holdings dan kerja-kerja pemasangan paip Mini Hydro 5MW serta penambahbaikan dengan pemasangan pembentungan di setiap alur air di jalan berkenaan dan penanaman rumput.

23 Oktober - 31 Januari 2022



Penutupan Kawasan Bagi Operasi Kawalan Populasi Kera Konflik Di Taman Eko-Rimba Bukit Pelindung Dan Teluk Cempedak

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan PERHILITAN Negeri Pahang akan melaksanakan Operasi Kawalan Populasi Kera Konflik di Taman Eko-Rimba Bukit Pelindung dan Teluk Cempedak pada tarikh dan masa seperti jadual berikut :

Bil.   TARIKH HARI  MASA
 i.   1 November 2021  Isnin  11.00 pagi - 3.00 petang
 ii.   3 November 2021   Rabu  11.00 pagi - 3.00 petang
 iii.   9 November 2021  Selasa  11.00 pagi - 3.00 petang
 iv.   11 November 2021  Khamis  11.00 pagi - 3.00 petang
 v.   16 November 2021  selasa  11.00 pagi - 3.00 petang
 vi.   18 November 2021  Khamis  11.00 pagi - 3.00 petang
 vii.   23 November 2021  Selasa  11.00 pagi - 3.00 petang
 viii.   25 November 2021  Khamis  11.00 pagi - 3.00 petang

 

Penutupan Sementara Taman Eko-Rimba Mossy Forest, Daerah Cameron Highlands

Dimaklumkan bahawa Taman Eko-Rimba (TER) Mossy Forest, Daerah Cameron Highlands akan ditutup pada tarikh-tarikh berikut:

Bil

Perkara Tarikh Tutup
i.

Kerja-kerja penyelenggaraan jalan ke Taman Eko-Rimba (TER) Mossy Forest Daerah cameron Highlands dan lain-lain kerja berkaitan

22 - 25 November 2021

&

29 - 2 Disember 2021

ii.

 

Lawatan teknikal oleh Bahagian Perancangan dan Ekonomi Hutan (BPE), Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM)

 26 November 2021



Pembukaan Semula Semua Taman Eko-Rimba (TER), Hutan Taman Negeri dan Kawasan Pendakian Dalam Hutan Simpanan Kekal di Negeri Pahang

Dimaklumkan bahawa semua Taman Eko-Rimba (TER), Hutan Taman Negeri (HTN) dan Kawasan Pendakian (KP) dalam Hutan Simpanan Kekal di Negeri Pahang mula dibuka kepada para pengunjung mulai pada 11 Oktober 2021.

Pengunjung wajib mematuhi syarat-syarat berikut:

i. Hanya pengunjung yang telah lengkap dua (2) dos vaksin sahaja yang dibenarkan beriadah di setiap TER, HTN & KP;

ii. Setiap pengunjung wajib patuh kepada Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19; dan

iii. Bagi aktiviti pendakian, para pendaki wajib memohon Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal dan menggunakan perkhidmatan malim gunung pada nisbah 1:7, iaitu seorang Malim untuk setiap tujuh (7) orang pendaki.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Rabu 05 Januari 2022.
Hari Ini 212
Semalam 246
Minggu Ini 891
Bulan Ini 4314
Jumlah Pelawat 239899

Test

sasasasasasasasa