Permohonan adalah dipelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) seperti keterangan berikut:-

1. JAWATAN  
  (a) Nama Jawatan PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)
  (b) Kumpulan Perkhidmatan PELAKSANA
  (c) Klasifikasi Perkhidmatan PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
  (d) Taraf Jawatan SEMENTARA (Sambilan Bergaji Hari)
  (e) Tempoh Jawatan 3 BULAN
    (Boleh dilanjutkan sehingga maksimum Tiga (3) bulan lagi berdasarkan prestasi)
  (f) Kadar Upah RM 54.00 SEHARI
  (g) Waktu Bekerja 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG (ISNIN HINGGA JUMAAT)
  (h) Tempat Bertugas Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
     
2. SYARAT LANTIKAN  
  Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
   
  (a) Terdiri daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Pahang;
  (b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  (c) Berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;  
  (d) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; 
  (e) Berpengetahuan dalam mengendalikan komputer akan diberi pertimbangan utama; 
  (f) Pemohon yang sedang berkhidmat dengan mana-mana jabatan/agensi kerajaan hendaklah memohon melalui ketua jabatan masing-masing; dan 
  (g) Komited dan bertanggungjawab dalam apa jua tugas yang diberikan.
     
 3. FUNGSI BIDANG TUGAS  
  (a) Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas Perkeranian/Operasi di Unit Maklumat Hutan dan Seksyen Sokongan Teknologi tetapi tidak terhad kepada tugas-tugas Perkhidmatan Am, Pemprosesan, Pengumpulan Data dan Maklumat serta bekerja diluar kawasan.
  (b) Skop fungsi bidang tugas adalah seperti berikut: 
  i. Membantu merekodkan surat masuk, surat keluar dan membuat edaran secara teratur selaras dengan arahan yang diberikan. 
  ii. Membantu menaip, membuat salinan dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan. 
  iii. Membantu merekod, mengurus dan mencari fail pentadbiran seperti diarahkan. 
  iv. Membantu merekod permohonan kajian.
  v. Membantu mengumpul keratan akhbar.
  vi. Membantu merekod data dan maklumat seperti yang diarahkan.
  vii. Membantu menyediakan dokumen sebutharga seperti diarahkan.
  viii. Membantu mengumpul, menyedia dan merekod dokumen kerja-kerja pengukuran dan penandaan sempadan luar Hutan Simpanan Kekal seperti diarahkan.
  ix. Membantu mengumpul, menyedia dan merekod semua dokumen bagi urusan kerja-kerja pewartaan.
     
 4. PENAKLUKAN DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN 
  Pekerja yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. 
     
5. CARA MEMOHON  
  (a) Permohonan hendaklah mengemukakan RESUME yang dikemaskini;
  (b) Semua permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar terkini berukuran passport, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Keputusan Peperiksaan, Sijil Tamat Persekolahan dan Sijil/Dokumen yang ada berkaitan dengan jawatan dipohon.
  (c) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:
  i. Tidak disertakan dokumen yang diperlukan;
  ii. Sijil/Dokumen tidak disahkan;
  iii. Tidak Lengkap atau tidak terang;
  iv. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan; dan
  v. Tidak ditandatangani.
     
 6. ALAMAT PENGHANTARAN   
  Permohonan hendaklah dihantar ke alamat seperti dibawah pada atau 5 Mac 2021 (Jumaat), jam 12.00 tengahari. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan Salinan Sijil-Sijil berkaitan yang telah disahkan. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima akan ditolak. Hanya permohonan yang layak sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. 
     
  Pengarah,  
  Jabatan Perhutanan Negeri Pahang  
  Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,  
  Bandar Indera Mahkota,  
  25990 KUANTAN.  
  (u/p : Unit Sumber Manusia)  
     
 7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 5 Mac 2021
     
 8. CATATAN AM  
  i. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga; 
  ii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (1) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan 
  iii. Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan dan temuduga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Kerajaan. 

 

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Khamis 04 Mac 2021.
Hari Ini 124
Semalam 227
Minggu Ini 351
Bulan Ini 2232
Jumlah Pelawat 172378

Test

sasasasasasasasa