Mentakab, 29 April 2014 - Pejabat Ladang Hutan Kemasul telah menganjurkan Kursus Pencegahan dan Pengawalan Kebakaran Hutan Siri 1/2014 bertempat di Pejabat Ladang Hutan Kemasul, Mentakab. Kursus yang bermula pada 28 April 2014 dan berlangsung selama dua hari ini telah dihadiri oleh 60 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan enam Pejabat Hutan Daerah dan kakitangan Pejabat Ladang Hutan Kemasul sendiri.

Penganjur telah menjemput seorang penceramah dan tiga orang fasilitator dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Mentakab bagi menjayakan kursus ini. Aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus ini ialah sesi ceramah oleh Encik Baharum bin Md. Nor dan latihan praktikal memadam kebakaran. Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Khalim bin Abu Samah, Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan) II. 

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Selasa 22 September 2020.
Hari Ini 106
Semalam 178
Minggu Ini 1995
Bulan Ini 7702
Jumlah Pelawat 131139

Test

sasasasasasasasa