1) Apakah itu Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang?

Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang merupakan gerbang informasi dan perkhidmatan yang disedia kan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.


2)  Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang?

Seluruh dunia boleh melayari Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Pahang dan menggunakan maklumat tersebut.


3) Sekiranya terdapat pembalakan haram di sekitar kami, siapakan yang kami patut hubungi?

Jika terdapat kes pembalakan Haram anda boleh hubungi Unit Penguat Kuasa, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia di talian bebas tol 1-800-88-5776.


4) Apakah dasar privasi Portal? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan?

Segala akses dan penggunaan anda ke atas Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan di bahagian kaki setiap halaman laman web ini.


5) Apakah prosedur yang perlu dipatuhi sebelum memasuki Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri Pahang?

Permohonan permit memasuki HSK mestilah diperoleh sebelum aktiviti memasuki hutan tersebut dilakukan. Sila kenalpasti daerah HSK tersebut dan hubungi Pegawai Hutan Daerah berkaitan bagi tujuan permohonan permit. Setiap permit dikenakan bayaran RM10 per individu. Sila layari di sini untuk mengetahui alamat dan nombor telefon Pejabat Hutan Daerah.


6) Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Portal Jabatan Perhutanan Pahang?

Anda boleh hubungi melalui Webmaster Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Seksyen Sokongan Teknologi Maklumat, Tingkat 5 Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan Pahang, Malaysia
Tel    : +609-5732911
Faks : +609-5736152
Emel : forestry[at]pahang.gov.my.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

     

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Isnin 11 November 2019.
Hari Ini 117
Semalam 206
Minggu Ini 323
Bulan Ini 3819
Jumlah Pelawat 75819

Test

sasasasasasasasa