Cetak

Soalan Lazim

1) Apakah itu Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang?

Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang merupakan gerbang informasi dan perkhidmatan yang disedia kan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.


2)  Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang?

Seluruh dunia boleh melayari Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Pahang dan menggunakan maklumat tersebut.


3) Sekiranya terdapat pembalakan haram di sekitar kami, siapakan yang kami patut hubungi?

Jika terdapat kes pembalakan Haram anda boleh hubungi Unit Penguat Kuasa, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia di talian bebas tol 1-800-88-5776.


4) Apakah dasar privasi Portal? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan?

Segala akses dan penggunaan anda ke atas Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan di bahagian kaki setiap halaman laman web ini.


5) Apakah prosedur yang perlu dipatuhi sebelum memasuki Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri Pahang?

Permohonan permit memasuki SK mestilah diperoleh sebelum aktiviti memasuki hutan tersebut dilakukan. Sila kenalpasti daerah HSK tersebut dan hubungi Pegawai Hutan Daerah berkaitan bagi tujuan permohonan permit. Setiap permit dikenakan bayaran RM5 per individu. Sila layari di sini untuk mengetahui alamat dan nombor telefon Pejabat Hutan Daerah.


6) Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Portal Jabatan Perhutanan Pahang?

Anda boleh hubungi melalui Webmaster Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Unit Teknologi Maklumat, Tingkat 5 Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan Pahang, Malaysia
Tel    : +609-5732911
Faks : +609-5736152
Emel : forestry[at]pahang.gov.my.