Laman Web Rasmi Perhutanan Negeri Pahang


< Kembali | Utama

Mon, 25/11/2013 - Perutusan Pengarah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah menyahut seruan transformasi kerajaan ke arah meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan menyediakan laman web rasmi ini.

Laman web rasmi ini dibangunkan bagi tujuan memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan perkhidmatan yang kami sediakan. Disediakan dalam capaian menu yang ringkas dan jelas, orang ramai boleh membuat carian maklumat dengan lebih mudah. Turut disediakan adalah capaian kepada sistem-sistem aplikasi jabatan samada untuk warga jabatan atau orang ramai.

Saya bagi pihak jabatan mengalu-alukan maklumbalas dari pengunjung laman ini dalam usaha menambahbaik kualiti penyampaian perkhidmatan kami melalui Borang Maklum Balas dan Borang Aduan yang disediakan. Bagi sebarang pertanyaan khusus, pengunjung juga dialu-alukan untuk berhubung terus dengan pegawai kami melalui maklumat yang disediakan dalam Direktori Pegawai Kanan.

Akhir kata, terima kasih saya ucapkan kerana mengunjungi dan memanfaatkan maklumat dari laman web rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Sekian Terima Kasih.

Dato' Dr. Mohd Hizamri bin Mohd Yasin, DIMP., PMP., AMP.
Pengarah Perhutanan Negeri
Pahang Darul Makmur
< Kembali | Utama | Ke atas