Majlis Pelancaran Dasar Perhutanan Malaysia Bersempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2021
Majlis Pelancaran Dasar Perhutanan Malaysia bersempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2021 pada 21 Mac 2021 (Ahad) telah diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. Majlis ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin turut disaksikan secara maya oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail di Kuantan, Pahang. Turut serta menyaksikan peristiwa bersejarah ini ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak dan YH. Dato' Dr. Mohd Hizamri bin Mohd Yasin, Pengarah Perhutanan Negeri Pahang.