Majlis Apresiasi JPNP Tahun 2021

Majlis Apresiasi JPNP Tahun 2021 telah berlangsung dengan jayanya di Geo Resort & Hotel, Genting Highlands pada 25 November 2022.

Majlis didahului dengan Program Santapan Rohani yang disampaikan oleh Ustaz Elyas Ismail bertajuk Integriti Cerminan Iman.

Majlis diteruskan dengan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 dan Jasamu Dikenang. Seramai  76 orang penerima telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2021.

Turut dianugerahkan ialah Sijil Penghargaan 30 Tahun Dalam Perkhidmatan Awam, Anugerah Khas Pengarah dan anugerah yang julung kali diperkenalkan iaitu Anugerah Pekerja Tanpa Cuti Rehat.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, YH. Dato’ Dr. Hizamri bin Mohd Yasin.

Pada sebelah malamnya, penerima-penerima anugerah diraikan dalam Majlis Apresiasi 2021 yang bertemakan JPNP Glory: The Story of The Victory.

Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, YH. Dato’ Indera Ridza bin Awang telah sudi hadir ke majlis yang gilang gemilang itu. Di majlis itu juga, dua (2) orang warga JPNP telah dianugerahkan Anugerah Pekerja Contoh Terbaik iaitu Encik Haffiz bin Baharuddin dan Puan Khazilah binti Karim.

Seluruh warga JPNP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima  di atas anugerah yang diterima. Semoga ianya menjadi satu contoh yang baik kepada warga kerja yang lain.

Lawatan Peserta Program Buy Back Guarantee Cameron Highlands ke Tasik Chini

Seramai 26 orang peserta Program Buy Back Guarantee Cameron Highlands dari Kg. Rening dan Kg. Terakit, Ringlet telah dibawa melawat ke tapak-tapak semaian yang diusahakan oleh komuniti Orang Asli di Tasik Chini sekitar Kg. Cendahan dan Kg. Tanjung Puput pada 8 November 2022.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta untuk mengusahakan tapak semaian sendiri dan berpeluang berkongsi pengalaman bersama peserta program di Tasik Chini yang telah berjaya mendapatkan pulangan hasil jualan anak pokok kepada jabatan.

Program Buy Back Guarantee yang merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah dibuka penyertaannya kepada komuniti Orang Asli di Tasik Chini sebagai projek perintis bermula pada tahun 2021. Dalam program ini, JPNP telah membantu peserta membina tapak semaian dengan membekalkan peralatan asas manakala peserta perlu mencari anak benih dan disemai menjadi anak pokok untuk dijual kepada jabatan.

Untuk rekod, peserta program ini telah berjaya menjual hampir 10,000 anak pokok kepada JPNP dengan harga belian RM3.00 bagi setiap anak pokok. Program berbentuk perhutanan sosial ini secara tidak langsung dapat memberi peluang menjana ekonomi sampingan para peserta.

JPNP akan meneruskan program ini di Kg. Rening, Cameron Highlands dalam masa terdekat. JPNP juga sentiasa komited untuk melaksanakan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan hutan bersama masyarakat di bandar mahupun di luar bandar.

Program Penanaman Pokok sempena Program Ramah Mesra YAB Menteri Besar Pahang

Program Penanaman Pokok sempena Program Ramah Mesra YAB Menteri Besar Pahang Dengan Guru al Quran Asrama dan Warga JAIP telah diadakan pada 1 November 2022 bertempat di Maahad As-Sultan Ahmad Shah Addini, Jengka.

 

Program yang telah dirasmikan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail turut diisi dengan aktiviti penanaman 20 anak pokok dari spesies pokok nadir telah ditanam di sekitar Maahad As-Sultan Ahmad Shah Addini.

Penghijauan Hospital Bera

Pada 2 November 2022, sebanyak 236 pokok telah ditanam dalam Program Sukarela Brisk Kolej Komuniti Pahang 2022 bertempat di Hospital Bera.

Seramai 60 orang pelajar wakil daripada seluruh Kolej Komuniti Negeri Pahang dan 20 orang wakil daripada Kolej Komuniti Bera serta 20 orang wakil daripada Hospital Bera telah menanam anak pokok dari spesies nadir dan pokok landskap.

Program ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan semangat sukarelawan di kalangan pelajar kolej komuniti serta mengindahkan dan menghijaukan persekitaran hospital. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital Bera, Dr. Mohammad Faaizzin bin Jamaluddin.

Program Agihan Anak Pokok Sempena Program Inderacheka

Program Agihan Anak Pokok bagi Kempen Penanaman 100 Juta Pokok sempena Program Inderacheka bertempat di Ulu Cheka, Jerantut telah diadakan pada 29 Oktober 2022.

 

Program agihan anak pokok ini telah dijayakan oleh Pejabat Hutan Daerah Jerantut dan Unit Silvikultur Negeri Zon Pahang Tengah dengan sebanyak 350 anak pokok nadir telah diedarkan kepada orang awam bersama-sama risalah Kempen 100 Juta Pokok. Dalam program yang sama, sebanyak 10 pokok Doa (Bucida sp.) telah ditanam oleh Pegawai Hutan Daerah dan ketua komuniti di kawasan padang awam Ulu Cheka.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNPFacebookJPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Isnin 20 Mac 2023.
Hari Ini 2
Semalam 260
Minggu Ini 262
Bulan Ini 5834
Jumlah Pelawat 345685
Test

sasasasasasasasa