• Laman Utama

PHN.PHG.137/2023 (PSNT)

Bekalan / Perkhidmatan Kepala / Sub-kepala
Jenis Kerja

Tarikh Taklimat / Lawatan Tapak

KAWALAN KESELAMATAN / 220801
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API DI PEJABAT PEMBANGUNAN HUTAN BUKIT SEKILAU BAGI TEMPOH DUA PULUH EMPAT (24) BULAN MULAI 01 JANUARI HINGGA 31 DISEMBER 2026.
20 SEPTEMBER 2023 (RABU)
JAM 10.00 PAGI

MUAT TURUN IKLAN DI SINI

Kenyataan Sebutharga PHN.PHG. 135/2023(UPKT)

NO. SEBUTHARGA
PERKARA

SYARAT PENDAFTARAN

MAKLUMAT TAKLIMAT SEBUTHARGA

TARIKH TUTUP SEBUTHARGA
PHN.PHG. 135/2023(UPKT)



Perkhidmatan Membekal Peralatan Kerja Memanjat untuk Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

Kementerian Kewangan kod Bidang : 030101,030401,

120401

Tarikh: 

26 September 2023

( Selasa )

 

Masa:

9.00 pagi

 

Tempat:

Pejabat Unit Penguatkuasaan,

Tingkat 2, KOMTUR, Kuantan

Tarikh:

10 Oktober 2023

( Selasa)

 

Masa:

12:00 Tgh Hari

MUAT TURUN IKLAN DI SINI

Pelancaran Sistem e-Ecopark Pahang

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) akan melancarkan Sistem Ekopelancongan Perhutanan Negeri Pahang (e-Ecopark) bermula 1 JUN 2023 di pautan http://forestry.pahang.gov.my/e-ecopark . Namun tarikh aktiviti yang boleh dimohon adalah bermula pada 1 Ogos 2023 .

Sistem ini dibuka kepada orang awam bagi membuat permohonan menjalankan aktiviti berikut dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan Taman Eko-Rimba (TER) yang diurus oleh JPNP:

  1. Pendakian gunung/bukit/trail.
  2. Penyelidikan (setelah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri/Majlis Biodiversiti Pahang).
  3. Aktiviti sukan lasak/bermotor/basikal/pacuan empat roda.
  4. Rakaman filem/penerbitan komersial.
  5. Pendidikan/latihan.
  6. Tempahan kemudahan dan penginapan di TER.
  7. Pembelian tiket masuk TER.


Kelebihan sistem:

  1. Boleh diakses secara atas talian oleh semua pengguna.
  2. Proses kelulusan permohonan dibuat oleh Pejabat Hutan Daerah berkaitan.
  3. Pemohon boleh membuat semakan status permohonan dan bayaran secara atas talian selepas mendapat kelulusan.

Panduan kepada pengguna:

  1. Pengguna (orang awam) perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu sebelum menggunakan Sistem e-Ecopark.
  2. Permohonan mesti dibuat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh aktiviti, kecuali pembelian tiket masuk TER.
  3. Bagi setiap permohonan yang telah diluluskan, pemohon perlu membuat bayaran dalam tempoh sehingga jam 11.59 malam keesokan harinya.
  4. Permohonan akan dibatalkan secara automatik jika tiada bayaran diterima dalam tempoh tersebut.
  5. Pemohon masih terikat dengan peraturan dan undang-undang semasa yang ditetapkan di setiap lokasi ekopelancongan. Pemohon tidak dibenarkan untuk
    • Membawa minuman keras.
    • Membawa haiwan peliharaan.
    • Melakukan perbuatan sumbang/khurafat/maksiat.
    • Membuat pembakaran terbuka.
    • Memburu/memancing.
    • Melakukan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh JPNP.
  6. Sistem e-Ecopark hanya digunakan untuk kawasan ekopelancongan berstatus Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Negeri Pahang. Bagi tempahan dan bayaran untuk kawasan ekopelancongan dalam HSK yang telah diswastakan, pengguna perlu merujuk kepada pengurus/operator swasta untuk keterangan lanjut.
  7. Kawasan ekopelancongan dan kadar fi yang dikenakan ke atas setiap permohonan boleh dirujuk di https://forestry.pahang.gov.my/index.php/info-taman-eko-rimba.
  8. Permit Memasuki HSK yang dikeluarkan melalui sistem ini adalah terpakai dalam negeri Pahang sahaja. Sebarang aktiviti yang merentasi sempadan negeri Pahang perlu mendapat kelulusan permit dari Jabatan Perhutanan Negeri berkaitan.
  9. Tiada pemulangan semula bayaran bagi sebarang permohonan yang telah diluluskan.
  10. Pihak JPNP berhak membuat penutupan kawasan ekopelancongan tanpa sebarang notis awal.

Program Kesedaran Pemuliharaan Alam Sekitar Anjuran Bersama JPNP dan UTM

8 Jun 2023 (Khamis) - Seramai 60 orang peserta dari Kolej Komuniti Tapah dan NGO telah menyertai Program Kesedaran Pemuliharaan Alam Sekitar anjuran bersama JPNP dan UTM.
Sebanyak 350 anak pokok dari spesies Araucaria, Gerok, Mempening dan Damar Minyak telah ditanam di Hutan Simpan Terla B, Daerah Cameron Highlands dalam program ini.
JPNP sentiasa menyambut baik pelawaan dan kerjasama dari semua pihak bagi bersama-sama menghijaukan Negeri Pahang amnya dan Daerah Cameron Highlands khususnya.

Pemberitahuan Penutupan Sementara Taman Eko Rimba Dan Hutan Taman Negeri

PEMBERITAHUAN
PENUTUPAN SEMENTARA TAMAN EKO RIMBA DAN HUTAN TAMAN NEGERI
(21 - 24 APRIL 2023 JUMAAT HINGGA ISNIN)


 

Dimaklumkan mulai 21 - 24 April 2023 (Jumaat Hingga Isnin) Taman Eko-Rimba (TER) dan Hutan Taman Negeri (HTN) di Negeri Pahang akan ditutup sementara kepada pengunjung untuk menjalankan aktiviti rekreasi termasuk pendakian gunung  bersempena cuti Hari Raya Aidilfitri tahun 2023. Walau bagaimanapun, Taman Eko-Rimba (TER) yang diswastakan kepada semua operator yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Pahang kekal buka kepada orang awam. Bagi pengunjung yang tidak mematuhi notis pemberitahuan ini, tindakan undang-undang akan dikenakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke Jabatan Perhutanan Negeri Pahang: 09-5732911 / 2914.

 

 

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNPFacebookJPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Sabtu 23 September 2023.
Hari Ini 300
Semalam 171
Minggu Ini 300
Bulan Ini 7257
Jumlah Pelawat 393411
Test

sasasasasasasasa