Kawasan ini mempunyai pelbagai bentuk rupabumi tanah rata,cerun bukit, batu-batu besar, batu-batu berlapis, air terjun serta sungai yang mengalir di celah-celah batu. Disamping keindahan semulajadi ini, terdapat juga paku pakis, lumut pandan air dan lain-lain. Terdapat dua kawasan air terjun yang mempunyai ketinggian 30 meter dan 20 meter.
Tarikan yang terdapat di Taman Eko Rimba Bukit Bertangga:
- Berkelah
- Berkhemah
- Memerhati Burung
- Sungai