CAMERON HIGHLANDS, 10 September 2020 - YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, telah melakukan lawatan kerja ke Taman Eko-Rimba Mossy Forest.
Turut hadir, YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; YB. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Dato’ Sri Shamsulbahri Ibrahim; YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar; Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Dato’ Dr. Mohd. Hizamri Mohd Yasin; dan barisan exco Kerajaan Negeri Pahang.
Dalam pada itu, YAB Menteri Besar Pahang telah diberikan taklimat berkenaan TER Mossy Forest berkenaan isu dan cabaran dalam pengurusan TER Mossy Forest dan juga hala tuju masa hadapan TER tersebut di mana JPNP telah merancang untuk menaik taraf keseluruhan fasiliti TER Mossy Forest bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik dan juga memberi pelawat satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.