Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Menteri Besar Pahang telah merasmikan Majlis Menandatangani Perjanjian dan Pembukaan Semula Taman Negeri Rompin pada 15 September 2020.
Dalam majlis ini, Taman Negeri Endau Rompin telah dijenamakan semula kepada Taman Negeri Rompin, Pahang. Penjenamaan ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan orang ramai dengan Taman Negara Endau Rompin di Negeri Johor. YAB Menteri Besar Pahang turut telah mewakili Kerajaan Negeri Pahang untuk menandatangani perjanjian pengoperasian Taman Negeri Rompin dengan pihak operator , Endau Rompin Park Resort Sdn. Bhd.
Majlis ini turut telah dihadiri oleh exco-exco Negeri Pahang, Ketua-ketua Jabatan peringkat Negeri dan Persekutuan, Ketua-ketua kampung dan penduduk di sekitar Daerah Rompin.