10 Januari 2020 - Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak telah meninjau kawasan berkaitan cadangan penutupan Jalan Persekutuan 8 Sungai Yu, Kuala Lipis yang terletak dalam kawasan koridor ekologi CFS. Cadangan ini telah diluluskan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan dan kawasan tersebut akan diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal. Lawatan ini turut disertai oleh jabatan-jabatan teknikal, wakil penduduk dan NGO. Pada sebelah petang, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang telah melawat petak rafflesia yang terletak di Kompartmen 11 Hutan Simpan Gunung Benum, Raub. Kawasan bunga pakma ini merupakan antara Kawasan Hutan Yang Tinggi Nilai Pemuliharaannya (HCVF) yang diurus dan diselenggara oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.