Pulau Tioman, 8 Februari 2020 - Sebanyak 100 batang pokok kelapa mataq ditanam secara gotong-royong oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bersama penduduk setempat pada Program Penanaman Pokok Persisiran Pantai Bersama Penduduk Kampung Juara. Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Dato' Dr. Mohd Hizamri bin Mohd Yasin dan Ketua kampung Juara, Ab Razib Ali Awang.