Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah meneliti laporan akhbar mengenai permohonan yang disampaikan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang berkaitan hasrat pekebun yang ingin memasuki ke kawasan operasi bagi tujuan mendapatkan semula barang milik mereka yang tertinggal di dalam kawasan Hutan Simpan Batu Talam.
Setelah mendapat nasihat serta pandangan dari Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang dan juga Timbalan Pendakwa Raya, JPNP tidak membenarkan pekebun untuk memasuki Hutan Simpan Batu Talam untuk mengambil barang milik mereka, kerana tindakan ini boleh mengganggu siasatan yang kini sedang giat dilengkapkan sepenuhnya untuk tujuan pendakwaan.
Sekian,
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
14 Julai 2021