IKLAN PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) BIL. 1/2022 BAGI JAWATAN PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi pengambilan Pekerja Sambilan Harian (PSH) bagi jawatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 seperti keterangan berikut:
1. | JAWATAN | |
(a) Nama Jawatan | PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19 (PEKERJA SAMBILAN HARIAN) |
|
(b) Kumpulan Perkhidmatan | PELAKSANA | |
(c) Klasifikasi Perkhidmatan | PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN | |
(d) Taraf Jawatan | SEMENTARA (Sambilan Bergaji Hari) | |
(e) Tempoh Jawatan | 3 BULAN | |
(Boleh dilanjutkan sehingga maksimum Tiga (3) bulan lagi berdasarkan prestasi) | ||
(f) Kadar Upah | RM 54.00 SEHARI | |
(g) Waktu Bekerja | 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG (ISNIN HINGGA JUMAAT) | |
(h) Tempat Bertugas | JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG | |
2. | SYARAT LANTIKAN | |
Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- | ||
(a) Terdiri daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Pahang; | ||
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan; | ||
(c) Berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; | ||
(d) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; | ||
(e) Berpengetahuan dalam mengendalikan komputer akan diberi pertimbangan utama; | ||
(f) Pemohon yang sedang berkhidmat dengan mana-mana jabatan/agensi kerajaan hendaklah memohon melalui ketua jabatan masing-masing; | ||
(g) Komited dan bertanggungjawab dalam apa jua tugas yang diberikan; dan | ||
(h) Keutamaan diberikan kepada pemohon yang berasal dari daerah Kuantan atau penduduk tetap di Kuantan. | ||
3. | FUNGSI BIDANG TUGAS | |
(a) Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas Perkeranian/Operasi di Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. | ||
(b) Skop fungsi bidang tugas adalah seperti berikut: | ||
i. Membantu merekodkan surat masuk, surat keluar dan membuat edaran secara teratur selaras dengan arahan yang diberikan. | ||
ii. Membantu menaip, membuat salinan dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan. | ||
iii. Membantu merekod, mengurus dan mencari fail pentadbiran seperti diarahkan. | ||
iv. Membantu pengurusan Stor dan Pengurusan Aset; | ||
v. Membantu menjalankan tugas-tugas kewangan. | ||
vi. Membantu tugas di kaunter operasi; | ||
vii. Membantu Mendaftar lesen dengan memasukkan maklumat pelesen kedalam sistem; | ||
viii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. | ||
4. | PENAKLUKAN DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN | |
Pekerja yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. | ||
5. | CARA MEMOHON | |
(a) Permohonan hendaklah mengemukakan RESUME yang dikemaskini; | ||
(b) Semua permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar terkini berukuran passport, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Keputusan Peperiksaan, Sijil Tamat Persekolahan dan Sijil/Dokumen yang ada berkaitan dengan jawatan dipohon. | ||
(c) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK: | ||
i. Tidak disertakan dokumen yang diperlukan; | ||
ii. Sijil/Dokumen tidak disahkan; | ||
iii. Tidak Lengkap atau tidak terang; | ||
iv. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan; dan | ||
v. Tidak ditandatangani. | ||
6. | ALAMAT PENGHANTARAN | |
Permohonan hendaklah dihantar ke alamat seperti dibawah pada atau 6 Mac 2022 (Ahad), jam 12.00 tengahari. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan Salinan Sijil-Sijil berkaitan yang telah disahkan. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima akan ditolak. Hanya permohonan yang layak sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. | ||
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, | ||
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak |
||
Bandar Indera Mahkota |
||
25990 Kuantan |
||
Pahang | ||
(u/p : Unit Pengurusan Sumber Manusia) | ||
7. | TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 06 Mac 2022 | |
8. | CATATAN AM | |
i. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga; | ||
ii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (1) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan | ||
iii. Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan dan temuduga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Kerajaan. |