Semua aktiviti pembalakan, pembangunan hutan dan rekreasi dalam hutan simpanan kekal adalah ditutup dan dihentikan buat sementara sehingga 12 Mei 2020. Aktiviti rekreasi yang dimaksudkan adalah termasuk kunjungan ke Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri, pendakian gunung dan denai, sukan lasak, pacuan empat roda dan motorcross.
Manakala semua kaunter kutipan hasil dan Balai Pemeriksaan Hutan dibawah pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang juga ditutup dalam tempoh ini.
Penutupan sementara ini adalah selaras dengan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 4 yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Malaysia bagi membendung penularan virus Covid-19.
ARAHAN
PENGARAH PERHUTANAN NEGERI PAHANG