Dimaklumkan mulai 18 Mac hingga 9 Jun 2020, semua Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri di Negeri Pahang akan ditutup sementara kepada semua pengunjung. Penutupan sementara ini adalah selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Malaysia bagi membendung penularan virus Covid-19. Oleh itu, semua jenis aktiviti rekreasi termasuk pendakian gunung adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh ini.
Bagi pengunjung yang tidak mematuhi notis pemberitahuan ini, tindakan undang-undang akan dikenakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke Jabatan Perhutanan Negeri Pahang: 09-5732911 / 2914.
Arahan ;
Pengarah Perhutanan Negeri Pahang