YB Datuk Ali Biju, Timbalan Menteri KeTSA telah mengadakan lawatan kerja ke Taman Eko-Rimba (TER) Mossy Forest dan melakukan pendakian ke Mini Irau pada 27 Mac 2021. Dalam sesi ini, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah berkongsi pengalaman pengurusan dan perancangan TER Mossy Forest kepada pihak Kementerian.
Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Operasi & Teknikal), Pengarah Bahagian Forest Eco-Park & Taman Negeri dan Pengarah Bahagian Silvikultur & Pemeliharaan Biologi Hutan dari Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.