Berikut adalah prosedur pengoperasian pejabat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Daerah Kuantan pada 24 Mei 2021 hingga 7 Jun 2021 bagi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).
Penutupan Premis Pejabat Kepada Pelanggan
- Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Tingkat 5, Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota.
- Pejabat Pembangunan Hutan, Bukit Sekilau, Kuantan.
- Pejabat Hutan Daerah Kuantan/Pekan/Maran, Bukit Sekilau, Kuantan.
Penutupan Kaunter Hasil di Ibu Pejabat JPNP.
- Kaunter hasil di Tingkat 5, Kompleks Tun Razak adalah ditutup.
- Semua bayaran hendaklah dibuat secara pindahan wang atas talian atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang ke akaun Bank Muamalat 0601 0002 165711.
- Sila emelkan butiran bayaran ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Pengusahasilan Dibenarkan Mengikut Kebenaran MITI dan Majlis Bandaraya Kuantan.
- Pelesen Pembalakan
- Kontraktor Pembalakan
- Pemegang Permit
- Kontraktor Pembangunan Hutan
- Pengusaha Industri Berasas Kayu
Penguatkuasaan
Pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan. Sebarang pertanyaan atau aduan boleh hubungi talian 09-5732911 atau emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..