Dimaklumkan bahawa semua Taman Eko-Rimba (TER), Hutan Taman Negeri (HTN) dan Kawasan Pendakian (KP) dalam Hutan Simpanan Kekal di Negeri Pahang mula dibuka kepada para pengunjung mulai pada 11 Oktober 2021.
Pengunjung wajib mematuhi syarat-syarat berikut:
i. Hanya pengunjung yang telah lengkap dua (2) dos vaksin sahaja yang dibenarkan beriadah di setiap TER, HTN & KP;
ii. Setiap pengunjung wajib patuh kepada Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19; dan
iii. Bagi aktiviti pendakian, para pendaki wajib memohon Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal dan menggunakan perkhidmatan malim gunung pada nisbah 1:7, iaitu seorang Malim untuk setiap tujuh (7) orang pendaki.