Dimaklumkan mulai 19 Disember 2021 sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, semua Taman Eko-Rimba, Hutan Taman Negeri dan kawasan pendakian dalam Hutan Simpanan Kekal di Negeri Pahang akan ditutup sementara kepada semua pengunjung. Penutupan sementara ini adalah berikutan musim tengkujuh yang melanda negeri ini.
Oleh itu semua jenis aktiviti rekreasi termasuk pendakian gunung, sukan lasak berkenderaan, penjelajahan gua, treking dan lain-lain jenis aktiviti riadah adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh ini.
Bagi pengujung yang tidak mematuhi notis pemberitahuan ini, tindakan undang-undang akan dikenakan di bawah Akta Perhutanan negara 1984. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke Jabatan Perhutanan Negeri Pahang di talian 09-5732911/2414.