Majlis Perasmian dan Makan Malam Sempena Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-19 telah diadakan pada 13 Jun 2022, di The Zenith Hotel Kuantan, Pahang. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Seri Takiyudin bin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli serta ketua-ketua jabatan Negeri Pahang dan persekutuan.
Persidangan Perhutanan Malaysia Ke- 19 yang akan berlangsung selama enam (6) bermula pada 12 hingga 16 Jun 2022, merupakan satu platform bagi ahli persidangan untuk saling bertukar fikiran, maklumat dan berkongsi pengalaman berkaitan pentadbiran, pengurusan, perancangan serta pembangunan sektor perhutanan di Malaysia pada masa kini. Bertemakan “Adapting Forestry to New Reality”, sebanyak 24 kertas kerja akan dibentangkan, 35 poster dipamerkan. Persidangan yang julung-julung kalinya di Negeri Pahang telah dihadiri seramai 230 dari seluruh negeri negara yang mewakili 3 wilayah Malaysia, iaitu Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Negeri Sabah dan Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak.
Persidangan kali ini turut diisi dengan program lawatan pasca persidangan dan lawatan keluarga, khas kepada delegasi persidangan untuk menikmati keindahan di tempat-tempat menarik di Negeri Pahang, memahami seni budayanya dan serta merasai kelazatan makanannya. Seterusnya, mempromosikan sektor eko-pelancongan yang ditawarkan di Negeri Pahang.