Pada 18 Jun 2022 Pejabat Hutan Dearah (PHD) Bentong telah mengadakan Program Penanaman Pokok dan Kesedaran Awam sempena Program Penghijauan Malaysia Melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bersama pelajar Fakulti Sains, Universiti Malaya di Kompartment 106, Hutan Simpan Bukit Tinggi Tambahan di daerah Bentong. Seramai dua (2) orang pensyarah dan 27 orang pelajar menjayakan program ini bersama dengan 11 orang kakitangan PHD Bentong. Sebanyak 50 keping poster Kempen Penanaman 100 turut diserahkan kepada wakil pensyarah untuk diedarkan di univerisiti. Sebanyak 500 anak pokok telah ditanam yang terdiri daripada pelbagai spesies iaitu meranti sarang punai, meranti tembaga, merawan siput jantan, merbau dan gerutu.