PEMBUKAAN SEMULA KAWASAN EKOPELANCONGAN BESTATUS HUTAN SIMPAN KEKAL
Sukacita dimaklumkan Taman Eko-Rimba, Hutan Taman Negeri dan kawasan pendakian berstatus Hutan Simpanan Kekal akan dibuka kepada para pengunjung mulai 7 Mac 2022 (Isnin). Namun, lima (5) buah kawasan ekopelancongan berikut kekal tutup iaitu :
- Taman Eko-Rimba Chamang (Bentong);
- Taman Eko-Rimba Lentang (Bentong);
- Gunung Rajah (Bentong);
- Bukit Raka (Bentong);
- Taman Eko-Rimba Lata Berembun (Raub).
Untuk ke Taman Eko-Rimba Mossy Forest, pengunjung diwajibkan untuk mendapatkan pakej daripada ejen pelancongan di Cameron Highlands. Ini kerana hanya kenderaan lasak sahaja yang boleh akses ke Taman Eko-Rimba Mossy Forest.