Unit Sokongan Teknikal

Fungsi Unit:

  1. Menyediakan khidmat nasihat dan bantuan dalam urusan berkaitan kelarian jalan tuju serta mengawal selia pembinaan jalan dalam kawasan usahasil agar menepati kehendak spesifikasi Garis Panduan Jalan Hutan 2010 (Pindaan 2013);
  2. Memantau pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur supaya selaras dengan spesifikasi yang ditetapkan;
  3. Menyediakan khidmat nasihat dan bantuan dalam urusan berkaitan kejuruteraan hutan, merancang pembinaan jalan hutan serta segala infrastruktur;
  4. Menyediakan dokumen sebutharga dan tender kontrak;
  5. Menyelenggara dan mengemaskini rekod-rekod infrastruktur;
  6. Menyediakan maklumat rancangan keperluan infrastruktur Jabatan Perhutanan Negeri Pahang; dan
  7. Mengawal selia kenderaan Jabatan.

Seksyen Industri dan Pengusahasilan

Fungsi Seksyen:

  1. Menyediakan dokumen-dokumen pelesenan berkaitan dengan pengusahasilan hutan dan industri berasas hutan serta memantau aktiviti-aktiviti berkenaan supaya selaras dengan keperluan Dasar Perhutanan Negara;
  2. Menyedia khidmat nasihat teknikal kepada pengusaha kilang; dan
  3. Mengkaji pengembangan kemajuan dan pembangunan industri berasas kayu.

Sekyen Penguatkuasaan

Seksyen Penguatkuasaan terbahagi kepada dua zon iaitu Zon Pahang Timur dan Zon Pahang Barat.

Fungsi Seksyen:

  1. Menjalankan penguatkuasaan Undang-undang Hutan sepertimana yang dikehendaki oleh Akta Perhutanan Negara 1984 dan Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1987 serta Kaedah-kaedah dan Peraturan-peraturan berkaitan;
  2. Menyediakan kertas siasatan berkaitan dengan kesalahan hutan dan menjalankan pendakwaan di mahkamah sekiranya perlu berbuat demikian;
  3. Menjalankan kerja-kerja risikan terhadap kesalahan dan penerokaan hutan dalam usaha mencegah pencerobohan kawasan-kawasan Hutan Simpanan Kekal.

Seksyen Hutan Lipur

Fungsi Seksyen:

  1. Merancang, melaksana dan memantau projek Hutan Lipur yang terdapat di negeri Pahang selaras dengan kehendak dan keperluan Kerajaan Negeri Pahang;
  2. Merancang, melaksana dan memantau projek ekopelancongan dan hutan masyarakat yang terdapat di Negeri Pahang selaras dengan kehendak dankeperluan kerajaan negeri;
  3. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan publisiti dan pengembangan seperti pameran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang;
  4. Mengkaji penubuhan Hutan Taman Negeri dan Hutan Lipur yang baru untuk ditubuhkan;
  5. Menganjurkan aktiviti rekreasi, ekspedisi dan ceramah perhutanan secara tepat dan berkala; dan
  6. Mencetak dan menerbitkan risalah dan buletin perhutanan untuk edaran umum.

Seksyen Pengurusan Hutan

Fungsi Seksyen :

  1. Menjalankan dan memantau projek-projek khusus seperti kajian tumbesaran, kajian tadahan air, Inventori Hutan Sebelum Tebangan / Bancian Hutan Nasional dan Penandaan Pokok;
  2. Menjalankan penilaian sumber hutan dan kajian-kajian pembangunan hutan untuk mendapatkan maklumat-maklumat teratur untuk perancangan, pemeliharaan dan pengurusan sumber hutan serta pengeluaran dan penggunaan yang optimum;
  3. Memasuk dan memproses data-data penandaan pokok mengikut Borang Kawalan dan Penandaan Pokok yang dihantar oleh Pejabat Hutan Daerah;
  4. Memasuk dan memproses data Bancian Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F) untuk penentuan Had Batas Tebangan (HBT); dan
  5. Memantau perlaksanaan MC&I (Hutan Asli) supaya Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mencapai tahap yang dikehendaki

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNPFacebookJPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Isnin 20 Mac 2023.
Hari Ini 135
Semalam 210
Minggu Ini 856
Bulan Ini 6428
Jumlah Pelawat 346279
Test

sasasasasasasasa