Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah komited untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam Pengurusan Pengeluaran Kayu Bulat Secara Berkekalan Bagi Hutan Darat Asli Di Hutan Simpanan Kekal supaya dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa, kaedah dan peraturan-peraturan bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Dengan pelaksanaan SPK ini JPSM komited dalam memenuhi keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh pihak yang berkepentingan seperti KeTSA, Pihak Berkuasa Tempatan dan pelesen. JPSM percaya perkara ini dapat dicapai melalui penerapan budaya kerja yang memenuhi keperluan standard MS ISO 9001:2015 pada semua peringkat kakitangan dalam melaksanakan SPK yang berkesan dengan komitmen yang tinggi dari pengurusan atasan hingga ke peringkat bawahan.

JPSM akan mengenal pasti dari masa ke semasa kelemahan-kelemahan dalam organisasi dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan dengan penglibatan semua tenaga kerja untuk menambah baik secara berterusan SPK di JPSM.

Dasar Kualiti ini menjadi rangka kerja dalam penetapan objektif-objektif kualiti SPK di JPSM. Semua Pengarah Bahagian/Ketua Unit, Pengarah Perhutanan Negeri, Pegawai Hutan Daerah dan Pegawai Renj Hutan akan memantau dan mengkaji prestasi sebenar pelaksanaan objektif-objektif kualiti yang telah ditetapkan di bawah bidang tugas serta tanggungjawab masing-masing dan mengambil tindakan segera apabila prestasi pelaksanaan tidak mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan.

PENGARAH PERHUTANAN NEGERI PAHANG
22 OKTOBER 2022

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNPFacebookJPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Sabtu 23 September 2023.
Hari Ini 301
Semalam 171
Minggu Ini 301
Bulan Ini 7258
Jumlah Pelawat 393412
Test

sasasasasasasasa