- Memastikan pembukaan kawasan untuk pengusahasilan hutan tidak melebihi CTT yang ditetapkan;
- Memastikan aktiviti Penandaan dan Pengesahan Sempadan Kawasan Kerja, Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F), Penandaan Pokok, Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) dilaksanakan sekurang-kurangnya 80% daripada matlamat fizikal tahunan yang telah ditetapkan;
- Memastikan proses pelaksanaan aktiviti Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre F), Penandaan Pokok, Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) mencapai tahap spesifikasi tidak kurang daripada 90%;
- Memastikan Lesen Mengeluarkan Hasil Hutan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh kelulusan diberi, setelah semua syarat kelulusan dipenuhi;
- Melaksanakan pemantauan lanan ke atas taksiran dan kutipan cukai bagi kayu bulat menggunakan Laporan Hasil yang dikeluarkan oleh Sistem Integrasi Maklumat perhutanan (SIMP)
- Memastikan Laporan Penutup Pengusahasilan Hutan disediakan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tamat tempoh lesen atau tarikh permohonan penutupan lesen daripada pemegang lesen, mengikut mana yang terdahulu;
- Memastikan 80% daripada latihan/kursus teras dalam perancangan tahunan JPN yang menyumbang secara langsung kepada Sistem Pengurusan Kualiti JPSM yang dilaksanakan;
- Semua aduan pelanggan akan dijawab akuan terima dalam masa tiga (3) hari dari tarikh aduan diterima;
- Memastikan semua aduan kerosakan bangunan yang lengkap akan dijawab akuan terima dalam masa lima (5) hari dari tarikh aduan diterima;
- Memastikan 80% kenderaan diselenggara mengikut jadual;
- Memastikan 90% peruntukan bajet pembangunan tahunan dibelanjakan;
- Mengemaskini maklumat sumber hutan pada setiap suku tahun;
- Memastikan Borang Kawalan Tebangan Pokok dikemukakan sekurang-kurangnya dua (2) kali sebulan;
- Memastikan Pas Pemindah dikeluarkan dalam tempoh 1 jam selepas invois diterima di BPH.