CAMERON HIGHLANDS, 10 SEPTEMBER 2020 - YAB Menteri Besar Pahang Dato'Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail telah melakukan lawatan kerja ke Sungai Ichat, Kuala Terla.

Sungai Ichat kini berada pada tahap terbaik dan selamat untuk digunakan setelah berlaku pencemaran akibat penerokaan pekebun haram di sini. Kualiti air telah meningkat dari tahap empat ke tahap satu. Ternyata tindakan Kerajaan Negeri Pahang melakukan tindakan penguatkuasaan di kawasan tersebut telah mencapai kejayaan kerana tuuan utama tindakan penguatkuasaan dilakukan adalah untuk menjaga bekalan air yang membekalkan air kepada penduduk Cameron Highlands.

Dalam lawatan tersebut, beliau telah berkesempatan untuk menaman sebatang pokok dari spesies Damar Minyak 'Agathis borneensis'. Turut hadir YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; YB. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Dato’ Sri Shamsulbahri Ibrahim; YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar; Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Dato’ Dr. Mohd. Hizamri Mohd Yasin; dan barisan exco Kerajaan Negeri Pahang

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNPFacebookJPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Isnin 03 Oktober 2022.
Hari Ini 350
Semalam 392
Minggu Ini 1446
Bulan Ini 1831
Jumlah Pelawat 307617
Test

sasasasasasasasa