Fenomena pokok hutan berbunga serta berbuah lebat secara besar-besaran “Mass Flowering” pada tahun 2021 ini telah memberikan lebih semangat kepada Pasukan Pemanjat JPN Pahang untuk melakukan aktiviti kutipan biji benih menerusi kaedah memanjat.
 
Aktiviti memanjat ini dilakukan di Hutan Simpan Tekai Tembeling, melibatkan pokok Meranti Langgong “Shorea lepidota” dengan anggaran ketinggian lebih kurang 45 meter.
Kutipan biji benih ini turut menjadi sokongan bagi penyediaan stok bahan tanaman bagi menjayakan Program Penghijauan Malaysia & Kempen Penanaman 100 Juta Pokok (2021-2025) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 5 Januari 2021 yang lalu.
 
Sehingga kini, antara biji benih yang telah berjaya dikutip oleh pasukan pemanjat JPN Pahang terdiri daripada spesies Penarahan, Merpauh, Meranti Sarang Punai, Meranti Langgong, Meranti Rambai Daun, dan Keruing.
 
Pasukan Pemanjat JPNP akan terus bergerak aktif bagi mengenalpasti serta mengutip biji benih di kawasan Hutan Simpanan Kekal di negeri Pahang.
 
Terima kasih kepada Pasukan Pemanjat PHD Jerantut, Pusat Perolehan Biji Benih Lentang, Pasukan Ladang Hutan Kemasul, Unit Pembangunan Hutan (Silvikultur Timur dan Silvikultur Barat) serta lain-lain pihak yang memberikan sokongan terhadap aktiviti kutipan biji benih ini.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNPFacebookJPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Isnin 03 Oktober 2022.
Hari Ini 345
Semalam 392
Minggu Ini 1441
Bulan Ini 1826
Jumlah Pelawat 307612
Test

sasasasasasasasa