LAPORAN ADUAN BERKAITAN AIR KERUH DI LATA JARUM, ULU DONG, RAUB
Ringkasan:
 
  1. Berikut adalah laporan aduan tangkap layar Facebook oleh Razlan Abdrasid berkaitan kekeruhan air di Sg. Dong, Taman Eko-Rimba (TER) Lata Jarum, Raub.
  2. Semakan awal Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) pada 15 Februari 2022 mendapati air sungai memang berada dalam keadaan keruh sepertimana didakwa.
  3. Cuaca hujan di kawasan Ulu Dong & Hutan Simpan Gunung Benom sejak kebelakangan ini disyaki menjadi punca kepada kekeruhan air sungai ini. JPNP mengesyaki terdapat insiden tanah runtuh di hulu sungai ini.
  4. JPNP pernah menerima aduan sama pada 28 Disember 2021, dan semakan menggunakan dron telah dijalankan dan mendapati terdapat kesan tanah runtuh di hulu sungai, yang berada di Hutan Simpan Gunung Benom.
  5. Berkaitan pagar yang berkunci dan tertutup, Kerajaan Negeri melalui keputusan MMK ke-2/2022 telah meluluskan permohonan lanjut tempoh bagi mengurus, menjaga & menyelenggara sebahagian TER Lata Jarum kepada JKKK Kg. Peruas bermula tahun 2022.
  6. JKKK ini mempunyai masalah dalam mematuhi syarat Permit Penggunaan dan kini pihak kami dalam proses melantik operator baharu bagi menguruskan TER Lata Jarum. Kawasan ini dijangka akan beroperasi semula pada 1 Mac 2022 memandangkan sebarang aktiviti rekreasi di dalam Hutan Simpanan Kekal masih belum dibenarkan buat masa ini.
  7. Untuk makluman, kawasan Pejabat Pembangunan Hutan Pejabat Hutan Daerah Raub & Pusat Kecemerlangan Rafflesia High Conservation Value Forest (HCVF) Ulu Dong yang mempunyai populasi Bunga Pakma (Rafflesia) berada di luar kawasan pajakan.
  8. JPNP turut menegaskan bahawa tiada sebarang aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah berlaku di hulu Sungai Dong tersebut.
  9. Sungguhpun demikian, pasukan JPNP akan menjalankan semakan lanjut dan terus memantau perubahan kadar kekeruhan air sungai ini dari masa ke semasa.
 
Sekian terima kasih.
 
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
15 Februari 2022

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNPFacebookJPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Isnin 03 Oktober 2022.
Hari Ini 343
Semalam 392
Minggu Ini 1439
Bulan Ini 1824
Jumlah Pelawat 307610
Test

sasasasasasasasa