16 & 17 Februari 2022
Program Konservasi Denai Pine Tree, Hutan Simpan Batu Talam, Bukit Fraser telah dijalankan dengan kerjasama Persatuan Malim Gunung Raub - Pmgr dengan jayanya bagi memberi keselesaan kepada pengunjung kelak.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pembersihan denai, memotong pokok tumbang menghalang laluan, membina denai 'off-set' akibat tanah runtuh dan pemasangan tali baharu pendakian.
Permit mendaki boleh dimohon di Pejabat Hutan Daerah Raub sebaik sahaja aktiviti pendakian dalam hutan simpan dibenarkan serta diwajibkan menggunakan khidmat malim gunung dari PMGR.
Terima kasih PMGR!