RINGKASAN EKSEKUTIF

Pelan induk pembangunan ini adalah satu usaha sistematik untuk menggariskan satu panduan jangka masa panjang yang komprehensif dan lestari bagi pembangunan Taman-Eko Rimba Mossy Forest.

Matlamat akhir projek ini adalah untuk menyediakan satu 'jenama' yang kukuh dan positif untuk hutan ini di samping menyerlahkan lagi imej Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sebagai sebuah agensi yang prihatin kepada keperluan masyarakat hari ini, khusus kepada perkhidmatan rekreasi dan pelancongan.

Bagi mencapai matlamat berkenaan, pendekatan yang telah diambil adalah dengan menggunakan kaedah 'Perancangan Kawasan Rekreasi' yang merangkumi penilaian sumber dan aktiviti rekreasi serta kajian pasaran (pelawat & bukan pelawat). Kajian telah dilaksanakan di lapangan (on-site) dan juga atas talian (online) bagi mendapatkan data asas (baseline information) bagi tujuan perancangan pembangunan.

Beberapa tindakan telah digariskan untuk dilaksanakan termasuk Pembangunan Semula Kawasan, Pembangunan Produk, Pemasaran serta Konservasi Sumber .

Pembangunan produk dan kemudahan yang dicadangkan adalah berkonsepkan pengalaman 'forest adventure & education' yang sesuai untuk golongan muda dan pelajar. Antara kemudahan yang bakal dibangunkan di sini adalah:

The Bay@Mossy – kemudahan bersantai di tanah tinggi (mountain hanging out place).

• Dataran Irau, dan Mountain Trail.

Bagi tujuan pengurusan kawasan di masa hadapan, 3 zon pembangunan telah dicadangkan iaitu 'Santai Mossy', 'Discover Mossy' dan juga 'Irau Wilderness'. Setiap zon ini akan mempunyai kemudahan pelawat tertentu dan sesuai untuk menyokong aktiviti-aktiviti yang telah dikenal pasti. Ini termasuklah aktiviti utama (jelajah gunung dan pendidikan) dan aktiviti sekunder (special interest, kembara/lasak dan juga aktiviti santai).

Pemasaran Taman Eko-Rimba Mossy Forest di masa hadapan akan berasaskan kepada mencipta ikatan (attachment) dengan kaedah komunikasi kreatif dan penggunaan saluran media berkesan (media massa dan sosial media). Juga, kemudahan yang telah dicadangkan juga adalah bertujuan untuk mewujudkan Unique Selling Proposition agar hutan ini kekal berbeza dari destinasi lain di negeri Pahang dan Malaysia.

Dari segi konservasi sumber dan bersesuaian dengan pembangunan produk baharu, denai jelajah hutan yang baharu telah dicadangkan untuk diwujudkan iaitu Denai Terla-Irau. Ini akan membantu mengurangkan tekanan dan kerosakan kepada sumber hutan di denai sedia ada.

Di samping itu, bagi terus melindungi sumber hutan, pihak jabatan telah disarankan untuk mengimplementasikan daya tampung (Carrying Capacity) yang telah dicadangkan bagi mengehadkan bilangan pelawat di ketiga-tiga zon. Jumlah pelawat harian dibenarkan adalah 640 (di Zon Santai), 233 (Discover Mossy) dan 103 (Irau Wilderness). Dijangkakan ini akan membawa kepada kutipan hasil hampir RM 293,000.00 setiap bulan kepada pihak Jabatan atau RM17.5 juta sepanjang tempoh 5 tahun pelan pembangunan ini dilaksanakan.

Bagi tujuan pelaksanaan kesemua langkah tindakan yang dicadangkan di dalam pelan ini, pihak Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Perhutanan Negeri akan memerlukan pelaburan sebanyak RM6.84 juta selama 5 tahun termasuk pemasaran, pembangunan fizikal serta pengurusan sumber manusia. Jumlah ini adalah kecil jika faedah ekonomi dan sosial dari pelaksanaan pelan ini diambil kira. Faedah tidak ketara juga adalah sama penting dan ini termasuklah peningkatan kesedaran awam serta pengetahuan baharu berkaitan ekosistem hutan yang diharap akan membawa kepada perubahan sikap pihak awam dan dalam jangka masa panjang akan menyokong usaha konservasi hutan yang menyeluruh.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNPFacebookJPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Sabtu 23 September 2023.
Hari Ini 300
Semalam 171
Minggu Ini 300
Bulan Ini 7257
Jumlah Pelawat 393411
Test

sasasasasasasasa