Pada tahun 2000, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju untuk mewartakan satu kawasan hutan seluas 31,797ha di Hutan Simpan Lesong dan Hutan Simpan Endau sebagai sebuah taman negeri. Taman Negeri Endau Rompin ini merupakan sebuah kawasan hutan yang mempunyai ciri-ciri yang menarik dari segi flora dan fauna, geologi dan sejarah. Ia mempunyai keindahan semulajadi yang unik serta hutan ‘pristine’ yang sukar ditemui di kawasan lain.

Antara sumber alam yang terdapat di TNER ini termasuklah lebih daripada 14,500 spesies tumbuhan , 200 spesies mamalia, 600 spesies burung, 140 spesies ular, 150 spesies katak dan 1,000 spesies serangga. Disamping itu, hutan ini juga terkenal dengan tarikan pelancongan seperti Air Terjun Seri Mahkota, Puncak Guntong Keriong yang merupakan kawasan ‘plateu’ yang menarik, Padang Tujuh dengan habitat hutan kerangasnya serta aliran sungai di Ulu Kemapan dan Sungai Kinchin yang jernih yang mampu menarik pelawat ke taman negeri ini. Jelas, bagi melindungi sumber alam dan mempertingkatkan daya tarikan di TNER ini secara sistematik, satu pelan pengurusan kawasan perlu diwujudkan untuk dilaksanakan oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang kelak.

Bagi TNER ini, pelan pengurusan ini adalah merupakan satu dokumen yang menyediakan beberapa garis panduan untuk menyokong pengurusan sumber dan pembangunan kawasan taman negeri ini bagi tujuan ekopelancongan dalam tempoh 10 tahun. Elemen penting dalam konsep ekopelancongan ini adalah kelestarian, di mana aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan tidak boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti sumber, di samping membawa kepada kesedaran dalam kalangan pelawat akan keperluan untuk bersamasama melindungi sumber tersebut dan membawa pulangan ekononomi dan sosial kepada komuniti setempat.

Untuk membangunkan Pelan Pengurusan Taman Negeri Endau Rompin , penilaian lapangan dan pengumpulan maklumat secara sekunder telah dilaksanakan untuk merekodkan dan mengenal pasti sumber-sumber flora, fauna, kualiti air sungai/hidrologi, mikroiklim dan maklumat-maklumat berkaitan konservasi sumber yang lain di taman ini. Di samping itu, pendekatan Perancangan Kawasan Rekreasi dan Ekopelancongan yang merangkumi beberapa komponen penilaian lapangan telah dilaksanakan. Ini termasuklah:

1. Kajian Komuniti Setempat

2. Survei Pelawat dan Bukan Pelawat

3. Inventori Sumber Rekreasi Luar

4. Penilaian Aktiviti Rekreasi

5. Pembangunan Produk Rekreasi

 

Inventori Sumber Rekreasi Luar adalah kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti sumber-sumber rekreasi yang boleh dipadankan dengan aktiviti rekreasi luar yang berpotensi di TNER. Kajian komuniti setempat pula dijalankan untuk mengenal pasti latar belakang komuniti, mengenal pasti persepsi mereka berkenaan pembangunan masa hadapan taman ini dan juga bertujuan untuk mengenal pasti keperluan mereka untuk turut serta dalam membangunkan taman negeri ini kelak.

Disamping itu, survei pelawat dan bukan pelawat dijalankan untuk mengenal pasti permintaan semasa pelawat dan mengenal pasti faktor yang menjadi halangan untuk melawat taman ini. Maklumat yang dikumpulkan melalui survei ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membangunkan produk-produk rekreasi yang bermutu dan menarik untuk ditawarkan di taman negeri ini pada masa hadapan.

Matlamat akhir pendekatan yang digunakan dalam membangunkan Pelan Pengurusan TNER ini adalah bertujuan untuk menghasilkan satu pelan pengurusan yang komprehensif yang mengambil kira pelbagai kompenen bagi pembangunan masa hadapan TNER yang lestari yang memenuhi keperluan konservasi sumber dan juga adalah bertujuan untuk memastikan penawaran peluang rekreasi yang dapat memberikan manfaat ekonomi kepada penduduk setempat dan sebagai cara untuk pendidikan pemuliharaan untuk pelawat.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNPFacebookJPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Khamis 02 Februari 2023.
Hari Ini 160
Semalam 294
Minggu Ini 1306
Bulan Ini 701
Jumlah Pelawat 333922
Test

sasasasasasasasa