Permohonan Malim Gunung Perhutanan Negeri Pahang

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Malim Gunung Perhutanan (MGP) Negeri Pahang telah dibuka kepada anak tempatan Negeri Pahang yang berminat mulai 21 Disember 2020 hingga 20 Januari 2021.

Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian melalui pautan https://forms.gle/dApjsBpwddupjJVo7

Individu yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang akan dipertimbangkan untuk menyertai kursus MGP Negeri Pahang pada tahun 2021 secara berperingkat, tertakluk kepada keperluan semasa.

Syarat mendaftar Malim Gunung Perhutanan (MGP) Negeri Pahang:

  • MGP Negeri Pahang mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 18 hingga 60 tahun pada tarikh permohonan.
  • MGP Negeri Pahang mestilah terdiri daripada anak negeri atau yang telah bermastautin di Negeri Pahang tidak kurang daripada lima (5) tahun (Perlu dapatkan pengesahan daripada Penghulu).
  • MGP Negeri Pahang mestilah sihat tubuh badan (fizikal dan mental) dan mestilah bebas daripada pengaruh dadah, alkohol dan tiada rekod jenayah sivil (Jabatan akan menjalankan semakan dengan agensi berkaitan).
  • MGP Negeri Pahang hendaklah mempunyai kemahiran membaca dan menulis bagi tujuan peningkatan modal insan yang akan dilakukan secara berterusan.
  • Mempunyai pengalaman minimum tiga (3) tahun atau lebih dalam melakukan aktiviti pendakian khususnya di sesuatu kawasan pendakian (Pembuktian melalui sijil berkaitan).
  • Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) boleh menetapkan syarat / kriteria tambahan (jika perlu).
  • Keputusan memilih dan menyenarai pendek MGP Negeri Pahang merupakan hak mutlak JPNP berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Pemberitahuan Penutupan Sementara Taman Eko-Rimba Mossy Forest dan Aktiviti Pendakian Gunung Irau

PEMBERITAHUAN

PENUTUPAN SEMENTARA TAMAN EKO-RIMBA MOSSY FOREST DAN AKTIVITI PENDAKIAN GUNUNG IRAU

(Mulai 25 September 2020 hingga 7 November 2020)

Dimaklumkan mulai 25 September 2020 hingga 7 November 2020, penutupan sementara bagi Taman Eko-Rimba Mossy Forest dan aktiviti pendakian ke Gunung Irau akan dilanjutkan bagi memberikan laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan jalan oleh pihak Jabatan Kerja Raya, Daerah Cameron Highlands.

Taman Eko-Rimba Mossy Forest dan aktiviti pendakian ke Gunung Irau akan dibuka semula setelah kerja-kerja pembaikan selesai dan struktur adalah selamat untuk kegunaan pengunjung.

Bagi pengunjung yang tidak mematuhi notis pemberitahuan ini, tindakan undang-undang akan dikenakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke Jabatan Perhutanan Negeri Pahang: 09-5732911 / 2914. 

 

 ANNOUNCEMENT

TEMPORARY CLOSURE OF MOSSY FOREST ECO-PARKS AND HIKING ACTIVITIES AT GUNUNG IRAU

(25 September 2020 - 7 November 2020) 

Hereby to inform effective from 25 September 2020 until 7 November 2020, temporary closure of Mossy Forest Eco-Park and hiking activity at Gunung Irau will be extend due to road maintenance works by Public Works Department, Cameron Highlands District.

Mossy Forest Eco-Park and hiking activity at Gunung Irau will be reopened after repairing works are completed and the structures are safe for the visitors.

If any visitor/individual disobeys this announcement, a strict punishment will be charged under National Forestry Act 1984. For any inquiries, please contact Pahang State Forestry Department: 09-5732911 / 2914.

 

Pemberitahuan Penutupan Sementara Taman Eko-Rimba (TER) dan Hutan Taman Negeri (HTN) Serta Aktiviti Di Hutan Simpanan Kekal (HSK)

 

PEMBERITAHUAN

PENUTUPAN SEMENTARA TAMAN EKO-RIMBA (TER) DAN HUTAN TAMAN NEGERI (HTN)

SERTA AKTIVITI PENDAKIAN REKREASI DI HUTAN SIMPANAN KEKAL (HSK) NEGERI PAHANG

(14 November 2020 hingga 15 Januari 2021)

 

Dimaklumkan mulai 14 November 2020 hingga 15 Januari 2021, semua Taman Eko-Rimba (TER) dan Hutan Taman Negeri (HTN) serta aktiviti rekreasi di Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Negeri Pahang akan ditutup sementara kepada semua pengunjung. Penutupan sementara ini adalah berikutan musim tengkujuh yang melanda negeri ini.

Oleh itu, semua jenis aktiviti rekreasi termasuk pendakian gunung, sukan lasak berkenderaan, penjelajahan gua, treking dan lain-lain jenis aktiviti riadah adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh ini.

Penutupan ini adalah dikecualikan ke atas kawasan ekopelancongan yang telah diswastakan kepada operator-operator iaitu;

i. TER Kem Nusa, Daerah Jerantut

ii. TER Ulu Tembeling, Daerah Jerantut

iii. TER Sg Pandan, Daerah Kuantan

iv. TER Kenong, Daerah Lipis

v. TER Lubuk Yu, Daerah Maran

vi. Taman Negeri Rompin, Daerah Rompin 

vii.  Air Terjun Pelangi, Sg Lembing, Daerah Kuantan

viii. Air Terjun Ulu Tampik, Janda Baik, Daerah Bentong

ix. Kawasan Rekreasi Kuala Gandah, Daerah Temerloh

Namun, para pengunjung adalah dinasihati untuk menjaga keselamatan sendiri jika berada di kawasan ekopelancongan yang diswastakan di atas.

 

 

Pemberitahuan Penutupan Sementara Taman Eko-Rimba (TER) dan Hutan Taman Negeri (HTN) Serta Aktiviti Di Hutan Simpanan Kekal (HSK)

 

PEMBERITAHUAN

PENUTUPAN SEMENTARA TAMAN EKO-RIMBA (TER) DAN HUTAN TAMAN NEGERI (HTN)

SERTA AKTIVITI PENDAKIAN REKREASI DI HUTAN SIMPANAN KEKAL (HSK) NEGERI PAHANG

(14 November 2020 hingga 15 Januari 2021)

 

Dimaklumkan mulai 14 November 2020 hingga 15 Januari 2021, semua Taman Eko-Rimba (TER) dan Hutan Taman Negeri (HTN) serta aktiviti rekreasi di Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Negeri Pahangakan ditutup sementara kepada semua pengunjung. Penutupan sementara ini adalah berikutan musim tengkujuh yang melanda Negeri ini.

Oleh itu, semua jenis aktiviti rekreasi termasuk pendakian gunung, sukan lasak berkenderaan, penjelajahan gua, treking dan lain-lain jenis aktiviti riadah adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh ini.

Bagi pengunjung yang tidak mematuhi notis pemberitahuan ini, tindakan undang-undang akan dikenakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke Jabatan Perhutanan Negeri Pahang: 09-5732911 / 2914.  

 ANNOUNCEMENT

TEMPORARY CLOSURE OF FOREST ECO-PARKS, STATE PARK FORESTS

AND RECREATIONAL ACTIVITIES AT PERMANENT RESERVED FORESTS IN PAHANG

(14 November 2020 to 15 January 2021)

 

Hereby to inform effective from 14 November 2020 to 15 January 2021, all Forest Eco-Parks, State Park Forests and recreational activities at Permanent Reserved Forests in Pahang will be temporarily closed to all visitors. This temporary closure is due to the monsoon season in Pahang.

Therefore, all recreational activities that inlude mountain climbing, extreme motorsports, caving, trekking and other types of activities are not allowed during this period.

If any visitor/individual disobeys this announcement, a strict punishment will be charged under National Forestry Act 1984. For any inquiries, please contact Pahang State Forestry Department: 09-5732911 / 2914.

 

Pemberitahuan Pembukaan Semula Taman Negeri Rompin, Pahang

Sukacita dimaklumkan Taman Negeri Rompin, Pahang kini telah dibuka secara rasmi kepada semua pengunjung mulai 1 Oktober 2020.  Pelbagai pakej menarik yang ditawarkan, antaranya merentasi hutan (trekking), berkayak, pemerhatian burung dan beriadah di beberapa kawasan air terjun.

Jom ke Taman Negeri Rompin.


Tempat Beristirehat, Gerbang Kedamaian

 

Relax, Refresh and Reconnect with Nature

 

  • 1
  • 2

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNPFacebookJPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Rabu 08 November 2023.
Hari Ini 177
Semalam 329
Minggu Ini 849
Bulan Ini 7277
Jumlah Pelawat 406182
Test

sasasasasasasasa