Dimaklumkan mulai 10 Ogos 2021, semua Taman Eko-Rimba, Hutan Taman Negeri, kawasan pendakian dan sebarang aktiviti rekreasi dalam Hutan Simpanan Kekal di Negeri Pahang akan ditutup kepada semua pengunjung sehingga suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.
Oleh itu, semua jenis aktiviti rekreasi termasuk pendakian gunung, sukan lasak berkenderaan, penjelajahan gua, treking dan lain-lain jenis aktiviti riadah adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh ini.
Bagi pengunjung yang tidak mematuhi notis pemberitahuan ini, tindakan undang-undang akan dikenakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke Jabatan Perhutanan Negeri Pahang: 09-5732911/2914.