Penutupan Sementara Taman Eko-Rimba dan Hutan Taman Negeri Serta Aktiviti Rekreasi Dalam Hutan Simpanan Kekal Negeri Pahang
Dimaklumkan mulai 15 Jun 2021 hingga 28 Jun 2021, semua Taman Eko-Rimba dan Hutan Taman Negeri serta aktiviti rekreasi dalam Hutan Simpanan Kekal di Negeri Pahang akan ditutup sementara kepada semua pengunjung. Penutupan sementara ini adalah berikutan pelaksanaan perintah Kawalan Pergerakan Penuh (Total Lockdown) di Malaysia.
Oleh itu, semua jenis aktiviti rekreasi termasuk pendakian gunung, sukan lasak berkenderaan, penjelajahan gua, treking dan lain-lain jenis aktiviti riadah adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh ini.
Bagi pengunjung yang tidak mematuhi notis pemberitahuan ini, tindakan undang-undang akan dikenakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke Jabatan Perhutanan Negeri Pahang: 09-5732911/2914.