Penutupan Sementara Taman Eko-Rimba, Hutan Taman Negeri dan Kawasan Pendakian Dalam Hutan Simpanan Kekal di Negeri Pahang

Dimaklumkan mulai 1 November 2022 sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, semua Taman Eko-Rimba, Hutan Taman Negeri dan kawasan pendakian dalam Hutan Simpanan Kekal di Negeri Pahang akan ditutup sementara kepada semua pengunjung. Penutupan sementara ini adalah berikutan musim tengkujuh yang melanda negeri ini.

Oleh itu semua jenis aktiviti rekreasi termasuk pendakian gunung, sukan lasak berkenderaan, penjelajahan gua, treking dan lain-lain jenis aktiviti riadah adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh ini.

Bagi pengujung yang tidak mematuhi notis pemberitahuan ini, tindakan undang-undang akan dikenakan di bawah Akta Perhutanan negara 1984. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke Jabatan Perhutanan Negeri Pahang di talian 09-5732911/2414.

Tindakan Pembetulan Nombor Lesen

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) ingin memaklumkan terdapat kekhilafan pada Nombor Lesen “CL-01-11-21 (KP/K)” bagi kawasan pembangunan ladang hutan di Hutan Simpan Tenggalan, Mukim Telang, Daerah Lipis yang mana sepatutnya dinomborkan sebagai “CL-01-11-21 (KP/K) (P)”.

JPNP telah mengambil langkah segera dengan menahan sementara kerja-kerja di lapangan, menarik semula lesen berkenaan dan mengeluarkan surat pemakluman kepada kilang-kilang dan agensi-agensi berkaitan untuk tindakan lanjut.

Sekian.

PEMBUKAAN SEMULA KAWASAN EKOPELANCONGAN BESTATUS HUTAN SIMPAN KEKAL

PEMBUKAAN SEMULA KAWASAN EKOPELANCONGAN BESTATUS HUTAN SIMPAN KEKAL

 

Sukacita dimaklumkan Taman Eko-Rimba, Hutan Taman Negeri dan kawasan pendakian berstatus Hutan Simpanan Kekal akan dibuka kepada para pengunjung mulai 7 Mac 2022 (Isnin). Namun, lima (5) buah kawasan ekopelancongan berikut kekal tutup iaitu :

 

  • Taman Eko-Rimba Chamang (Bentong);
  • Taman Eko-Rimba Lentang (Bentong);
  • Gunung Rajah (Bentong);
  • Bukit Raka (Bentong);
  • Taman Eko-Rimba Lata Berembun (Raub).

 

Untuk ke Taman Eko-Rimba Mossy Forest, pengunjung diwajibkan untuk mendapatkan pakej daripada ejen pelancongan di Cameron Highlands. Ini kerana hanya kenderaan lasak sahaja yang boleh akses ke Taman Eko-Rimba Mossy Forest.

 

PEMBERITAHUAN PERMOHONAN BAGI MENJALANKAN KAJIAN/PENYELIDIKAN DI NEGERI PAHANG MELALUI SISTEM MyABS

Adalah ini dimaklumkan bahawa setiap permohonan penyelidikan di Negeri Pahang hendaklah diangkat telebih dahulu kepada Ketua Sekretariat Majlis Biodiversiti Pahang bagi meneliti permohonan mejalankan kajian berkaitan biodiversiti di Negeri diperoleh melalui capaian URL https://www.myabs.gov.my/.

 

Permohonan boleh dihantar terus ke MBP dan disalinkan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Alamat surat menyurat adalah seperti berikut:-

 

Ketua Sekretariat

Majlis Biodiversiti Pahang

d/a Bahagian Perancang Ekonomi Negeri

Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,

Tingkat 4, Blok B, Wisma Sri Pahang,

25503 Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

(u.p: Puan Wan Suhaini binti Wan Mohamad)

 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke Jabatan Perhutanan Negeri Pahang di talian: 09-5732911

Iklan Pengambilan Pekerja Sambilan Harian (PSH) Bil.2/2022

IKLAN PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) BIL. 2/2022 BAGI JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi pengambilan Pekerja Sambilan Harian (PSH) bagi jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 seperti keterangan berikut:

1. JAWATAN
  (a) Nama Jawatan PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29
(PEKERJA SAMBILAN HARIAN)
  (b) Kumpulan Perkhidmatan PELAKSANA
  (c) Klasifikasi Perkhidmatan PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
  (d) Taraf Jawatan SEMENTARA (Sambilan Bergaji Hari)
  (e) Tempoh Jawatan 3 BULAN
(Boleh dilanjutkan sehingga maksimum Tiga (3) bulan lagi berdasarkan prestasi)
  (f) Kadar Upah RM 72.00 SEHARI
  (g) Waktu Bekerja 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG (ISNIN HINGGA JUMAAT)
  (h) Tempat Bertugas JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG
       
2. SYARAT LANTIKAN
  Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
 
  (a) Terdiri daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Pahang;
  (b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  (c) Memberi keutamaan kepada calon-calon yang mempunyai:
    i. Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    ii. Sijil dalam bidang kejuteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    iii. Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    iv. Diploma dalam bidang kejuteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  (d) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  (e) Berpengetahuan dalam mengendalikan komputer akan diberi pertimbangan utama;
  (f) Pemohon yang sedang berkhidmat dengan mana-mana jabatan/agensi kerajaan hendaklah memohon melalui ketua jabatan masing-masing;
  (g) Komited dan bertanggungjawab dalam apa jua tugas yang diberikan; dan
  (h) Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai lesen memandu kenderaan Kelas 'D'; dan
  (i) Keutamaan diberikan kepada pemohon yang berasal dari daerah Kuantan atau penduduk tetap di Kuantan.
     
3. FUNGSI BIDANG TUGAS
  (a) Membantu menjalankan pelaksanaan Sistem Aplikasi TechnoLog.
  (b) Membantu menyelaras pembangunan dan pelaksanaan Sistem Eko-Pelancongan Perhutanan Pahang.
  (c) Membantu menyediakan persekitaran development server dan production server yang selamat bagi pembangunan dan pelaksanaan sistem aplikasi.
  (d) Membantu membangunkan aplikasi mobil bagi mengurus pangkalan data aset jabatan.
  (e) Membantu menyelaras ketersediaan infrastruktur workstation pengguna dari sudut keperluan perkakasan dan perisian.
  (f) Membantu menyelaras dan melaksanakan khidmat sokongan teknikal program merangkumi penyediaan peralatan ICT, audio visual projection, bahan cetak dan publisiti, persembahan montaj, siaran Facebook Live dan memastikan keurusetiaan teknikal berjalan lancar.
  (g) Membantu menganalisis keperluan perisian, antvirus dan memastikan perisian antivirus diuruskan secara berpusat.
  (h) Membawa kenderaan jabatan sebagai pemandu gantian.
     
4. PENAKLUKAN DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
  Pekerja yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
   
5. CARA MEMOHON
  (a) Permohonan hendaklah mengemukakan RESUME yang dikemaskini;
  (b) Semua permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar terkini berukuran passport, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Keputusan Peperiksaan, Sijil Tamat Persekolahan dan Sijil/Dokumen yang ada berkaitan dengan jawatan dipohon.
  (c) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:
    i. Tidak disertakan dokumen yang diperlukan;
    ii. Sijil/Dokumen tidak disahkan;
    iii. Tidak Lengkap atau tidak terang;
    iv. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan; dan
    v. Tidak ditandatangani.
 
6. ALAMAT PENGHANTARAN
  Permohonan hendaklah dihantar ke alamat seperti dibawah pada atau 6 Mac 2022 (Ahad), jam 12.00 tengahari. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan Salinan Sijil-Sijil berkaitan yang telah disahkan. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima akan ditolak. Hanya permohonan yang layak sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
   
  Jabatan Perhutanan Negeri Pahang,
  Tingkat 5, Kompleks Tun Razak
  Bandar Indera Mahkota
  25990 Kuantan
  Pahang
  (u/p : Unit Pengurusan Sumber Manusia)
   
7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 06 Mac 2022
   
8. CATATAN AM
  i. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga;
  ii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (1) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan
  iii. Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan dan temuduga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Kerajaan.

 

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNPFacebookJPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Rabu 08 November 2023.
Hari Ini 174
Semalam 329
Minggu Ini 846
Bulan Ini 7274
Jumlah Pelawat 406179
Test

sasasasasasasasa