SELAMAT DATANG KE SISTEM e-ECOPARK

Sistem Ekopelancongan Negeri Pahang atau e-Ecopark adalah sebuah sistem elektronik yang dibuka kepada orang awam untuk membuat permohonan menjalankan aktiviti rekreasi dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan Taman Eko-Rimba (TER) di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

 
PANDUAN KEPADA PENGGUNA
1.   
Pengguna (orang awam) perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu sebelum menggunakan Sistem e-Ecopark.
2.   
Permohonan mesti dibuat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh aktiviti, kecuali pembelian tiket masuk TER.
3.   
Bagi setiap permohonan yang telah diluluskan, pemohon perlu membuat bayaran dalam tempoh sehingga jam 11.59 malam keesokan harinya.
4.   
Permohonan akan dibatalkan secara automatik jika tiada bayaran diterima dalam tempoh tersebut.
5.   
Pemohon masih terikat dengan peraturan dan undang-undang semasa yang ditetapkan di setiap lokasi ekopelancongan. Pemohon tidak dibenarkan:
i)    Membawa minuman keras.
ii)   Membawa haiwan peliharaan.
iii)  Melakukan perbuatan sumbang/khurafat/maksiat.
iv)  Membuat pembakaran terbuka.
v)   Memburu/memancing.
vi)  Melakukan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh JPNP.
6.   
Sistem e-Ecopark hanya digunakan untuk kawasan ekopelancongan berstatus Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Negeri Pahang. Bagi tempahan dan bayaran untuk kawasan ekopelancongan dalam HSK yang telah diswastakan, pengguna perlu merujuk kepada pengurus/operator swasta untuk keterangan lanjut.
7.   
Maklumat semua kawasan ekopelancongan dan kadar fi yang dikenakan ke atas setiap permohonan boleh dirujuk di SENARAI DI SINI.
8.   
Permit Memasuki HSK yang dikeluarkan melalui sistem ini adalah terpakai dalam negeri Pahang sahaja. Sebarang aktiviti yang merentasi sempadan negeri Pahang perlu mendapat kelulusan permit dari Jabatan Perhutanan Negeri berkaitan.
9.   
Tiada pemulangan semula bayaran bagi sebarang permohonan yang telah diluluskan.
10.  
Pihak JPNP berhak membuat penutupan kawasan ekopelancongan tanpa sebarang notis awal.
............................................................................................
SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI:
Helpdesk Sistem e-Ecopark
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25990 Kuantan, Pahang
Tel. No 09-573 2911
Email : helpdesk.ecopark@pahang.gov.my





e-ECOPARK @ 2023 Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Penafian : Kerajaan Negeri Pahang adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi
dari sistem ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kerajaan Negeri Pahang.