Info Kawasan Ekopelancongan
-
Pengenalan
Pengenalan
Kekayaan sumber khazanah alam semulajadi yang terdapat di Negeri Pahang merupakan salah satu aset penting dalam memajukan sektor ekopelancongan negeri. Ini kerana keunikan alam semula jadi yang terdapat di Negeri Pahang adalah meliputi sebahagian keluasan tanah Negeri Pahang yang dipenuhi dengan rimbunan kehijauan. Sepertimana yang kita sedia maklum, rimbunan kehijauan ini dilengkapi dengan keindahan spesies flora dan fauna yang sentiasa menjadi tarikan utama bagi para pengunjung. Secara tidak langsung juga, keindahan flora dan fauna ini turut menyumbang kepada peningkatan pembangunan terutamanya dalam sosio ekonomi negara. Kekayaan alam semula jadi yang terdapat di Negeri Pahang meliputi keunikan menarik seperti air terjun, aliran air sungai, batu – batuan yang menarik serta panorama alam semulajadi yang acap kali menjadi tumpuan para pengunjung.
Untuk makluman, terdapat 26 Taman Eko-Rimba dan dua (2) Taman Negeri yang terdapat di Negeri Pahang. Para pengunjung boleh melakukan aktiviti rekreasi dan beriadah di semua Taman Eko-Rimba (TER) dan dua (2) Hutan Taman Negeri (HTN) di Negeri Pahang ini. Selain daripada itu, terdapat 38 kawasan ekopelancongan lain yang terletak di dalam sebahagian kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Kawasan ekopelancongan ini terdiri daripada kawasan pergunungan, air terjun dan gua – gua yang mana sering menjadi tumpuan para pengunjung yang gemar menjalankan aktiviti pendakian gunung, ‘trekking’ dan penjelajahan gua ‘caving’. Pelbagai kemudahan dan infrastruktur telah disediakan oleh JPNP untuk para pengunjung agar dapat menikmati alam semulajadi dalam keadaan selesa dan selamat. -
Objektif dan Konsep
Objektif dan Konsep
Objektif Penubuhan Kawasan Ekopelancongan
- Menyediakan kemudahan kepada para pengunjung untuk beriadah dan berehat di kawasan hutan yang membolehkan para pengunjung melakukan aktiviti rekreasi, berkelah serta menikmati keindahan alam semulajadi;
- Menyediakan tempat yang bersesuaian untuk sesi pembelajaran, pendidikan dan penyelidikan mengenai alam semula jadi;
- Menyediakan kawasan yang mempunyai persekitaran yang tenteram dan damai kepada para pengunjung;
- Meningkatkan pembangunan dan taraf sosioekonomi penduduk tempatan dengan menjadikan kawasan ekopelancongan sebagai salah satu destinasi pilihan untuk pelancong dalam dan luar Negara; dan
- Meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang peranan dan kepentingan perhutanan terhadap kesejahteraan hidup.
KonsepBil Konsep Pembangunan Kawasan Ekopelancongan 1 Eksplorasi Gua - Taman Eko-Rimba Gunung Senyum, Temerloh
- Taman Eko-Rimba Kenong, Lipis
2 Cabaran dan Aktiviti Lasak - Taman Eko-Rimba Chamang, Bentong
- Taman Eko-Rimba Lata Berembun, Raub
- Taman Eko-Rimba Kem Nusa, Jerantut
- Taman Eko-Rimba Bukit Pelindung, Kuantan
- Taman Eko-Rimba Berkelah, Kuantan
- Taman Eko-Rimba Mossy Forest, Cameron Highlands
3 Riadah Berkumpulan/Perkhemahan - Taman Eko-Rimba Lata lembik, Raub
- Taman Eko-Rimba Bukit Bertangga, Bera
- Taman Eko-Rimba Jerangkang, Kuantan
- Taman Eko-Rimba Sungai Pauh, Cameron Highlands
- Taman Eko-Rimba Lubuk Yu, Temerloh
- Taman Eko-Rimba Som, Jerantut
4 Pendidikan, Pembelajaran dan Penyelidikan - Taman Negeri Rompin, Pahang
- Hutan Taman Negeri Mossy Forest, Cameron Highlands
- Taman Eko-Rimba Lata Jarum, Raub
- Taman Eko-Rimba Jerangsang, Lipis
- Taman Eko-Rimba Parit Falls, Cameron Highlands
5 Perkelahan Keluarga dan Menikmati Keindahan Alam Sekitar - Taman Eko-Rimba Berserah, Kuantan
- Taman Eko-Rimba Sungai Pandan, Kuantan
- Taman Eko-Rimba Teladas, Maran
- Taman Eko-Rimba Terenggun, Lipis
- Taman Eko-Rimba Lata Meraung, Jerantut
- Taman Eko-Rimba Jeriau, Raub
- Taman Eko-Rimba Ulu Tembeling, Jerantut
- Taman Eko-Rimba Lentang, Bentong
- Taman Eko-Rimba Menchali, Rompin
-
Senarai Kawasan Ekopelancongan Mengikut Daerah
Senarai Kawasan Ekopelancongan Mengikut Daerah
Bil Daerah Taman Eko-Rimba Gunung/Bukit dan Kawasan Ekopelancongan Lain 1 Bentong - Gunung Rajah
- Gunung Nuang
- Bukit Raka
- Air Terjun Ulu Tampik
2 Cameron Highlands - Gunung Berembun
- Gunung Brinchang Barat
- Gunung Jasar/Perdah
- Gunung Yong Belar
- Gunung Swettenham
- Gunung Yellow Pass
- Gunung Irau
- Gunung Penelop/Cecil
- Gunung Siku
- Trans Gergging (Siku, Irau, Yellow Pass)
- Duri
- Chantik/Chantuk
- Trans Gandik (Gandik, Bunting, Tanggang)
- Terla B
3 Jerantut - Gunung Benom
- Lata Layang Layang
- Gunung Dulang
4 Kuantan - Gunung Tapis
- Air Terjun Pelangi
5 Maran - Air Terjun Jerangkang
- Air Terjun Berkelah
6 Lipis (Tiada) 7 Raub - Pine Trail Bukit Fraser
- Trail Rafflesia Lata Jarum
- Trail Gunung Ulu Semangkuk
- Trail Bukit Kolam
- Trail Gunung Tui
- Trail Ulu Sungai
- Trail Gunung Benom
8 Rompin - Tasik Biru
- Tasik Hijau
- Air Terjun Harimau Berjemur
- Air Terjun Padang Batu
- Air Terjun Jaang
9 Temerloh - Gunung Jebak Puyuh
- Gunung Senyum
10 Bera (Tiada) -
Kadar Fi Kawasan Ekopelancongan
Kadar Fi Kawasan Ekopelancongan
1) Kadar Fi Masuk Ke Taman Eko-Rimba
Kategori Pengunjung Warganegara Bukan Warganegara I Dewasa (13 - 59 tahun) RM3.00 RM10.00 II Kanak-kanak (3 - 12 tahun) RM1.50 RM5.00 III Warga Emas (60 tahun dan ke atas) RM1.50 RM10.00 IV Orang Kelainan Upaya Percuma Percuma Setakat ini, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang hanya mengutip bayaran fi masuk di empat (4) Taman Eko-Rimba sahaja iaitu:
- Taman Eko Rimba Chamang, Bentong
- Taman Eko-Rimba Lentang, Bentong
- Taman Eko-Rimba Gunung Senyum, Temerloh
- Taman Eko-Rimba Sungai Pauh, Cameron Highlands
2) Kadar Fi Masuk Ke Taman Negeri Rompin, Pahang
Kategori Pengunjung Warganegara Bukan Warganegara I Dewasa (13 - 59 tahun) RM30.00 RM50.00 II Kanak-kanak (3 - 12 tahun) RM10.00 RM30.00 III Warga Emas (60 tahun dan ke atas) RM15.00 RM30.00 IV Orang Kelainan Upaya Percuma Percuma 3) Kadar Fi Masuk Ke Taman Eko-Rimba Mossy Forest
Kategori Pengunjung Warganegara Bukan Warganegara I Dewasa (13 - 59 tahun) RM10.00 RM30.00 II Kanak-kanak (3 - 12 tahun) RM5.00 RM15.00 III Warga Emas (60 tahun dan ke atas) RM5.00 RM30.00 IV Orang Kelainan Upaya Percuma Percuma 4) Kadar Fi Menggunakan Kemudahan Dalam Kawasan Ekopelancongan
Kemudahan Unit Kadar Fi (a) Titian Kanopi/Silara Warganegara (i) Dewasa seorang RM10.00 (ii) Kanak-kanak seorang RM5.00 Bukan Warganegara (i) Dewasa seorang RM20.00 (ii) Kanak-kanak seorang RM10.00 (b) Dewan Terbuka sebuah/hari RM100.00 (c) Dewan Serbaguna sebuah/hari RM150.00 (d) Kantin sebulan RM200.00 (e) Kiosk sebulan RM100.00 (f) Gerai sehari RM10.00 (g) Petak Jualan sehari RM5.00 (h) Tandas sekali masuk RM0.50 (i) Padang sejam RM100.00 (j) Astaka sejam RM50.00 (k) Wakaf sejam RM30.00 (l) Sijil sekeping RM5.00 (m) Petak Letak Bas sekali masuk/hari RM10.00 (n) Petak Letak Bas Mini/Van sekali masuk/hari RM5.00 (o) Petak Letak Kereta sekali masuk/hari RM3.00 (o) Petak Letak Motosikal sekali masuk/hari RM1.50 5) Kadar Fi Penginapan Di Kawasan Ekopelancongan
Kemudahan Penginapan Unit Kadar Fi (a) Asrama seorang/malam RM20.00 (b) Chalet - 2 bilik seorang/malam RM150.00 (c) Chalet B - 1 bilik seorang/malam RM150.00 (d) Chalet A - Frame seorang/malam RM20.00 (e) Tapak khemah seorang/malam RM10.00 (f) Asrama Penyelidikan (Taman Negeri Rompin sahaja) seorang RM50.00 (g) Rumah Hobbit (maksimum kapasiti 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak) sehari RM250.00 6) Kadar Fi Menjalankan Aktiviti Dalam Kawasan Ekopelancongan
Aktiviti Unit Kadar Fi (a) Fotografi sehari atau mana-mana bahagiannya RM500.00 (b) Pengambaran atau rakaman filem/komersial/dokumentari/iklan sehari atau mana-mana bahagiannya RM500.00 (c) Pelaksanaan kajian (Deposit) setiap kajian RM500.00 (d) Kayuhan basikal lasak seorang/hari RM5.00 (e) Pendaftaran Jurupandu Denai Alam setahun RM100.00 (f) Perkhidmatan Jurupandu Denai Alam bagi setiap kumpulan(5-10 orang) sehari atau mana-mana bahagiannya RM500.00 (g) Perkhidmatan Porter setiap kilogram RM10.00 7) Permit Penggunaan Menjalankan Aktiviti Dalam Kawasan Ekopelancongan
Permit Penggunaan Unit Kadar Fi Sukan bermotor dalam Hutan Simpanan Kekal (a) Kereta pacuan empat roda (4x4) setiap kereta RM100.00 (b) Motosikal lasak (Motocross) setiap motor RM50.00 -
Senarai Kawasan Ekopelancongan Yang Diswastakan
Senarai Kawasan Ekopelancongan Yang Diswastakan
Bil Kawasan Ekopelancongan Pengurus 1 Taman Eko-Rimba Kem Nusa, Jerantut SPKG Tours Sdn. Bhd.
No. Tel: 09-2662369
Emel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 2 Taman Eko-Rimba Ulu Tembeling, Jerantut Jeram Rimba Enterprise
No. Tel: 017-81183413 Taman Eko-Rimba Sungai Pandan Sri Panching Timur Sdn. Bhd.
No. Tel: 016-9224777
Emel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 4 Kompartmen 9, Hutan Simpan Paya Laut Pertubuhan Pelancongan Peramu Kuantan
No. Tel: 019-57558835 Taman Eko-Rimba Beserah, Kuantan JKKK Kampung Darat Beserah
No. Tel: 016-95301416 Air Terjun Pelangi dan Lubuk Beruk, Sungai Lembing JKKK Kg. Seberang Baru
No. Tel: 010-9001090/016-91611187 Taman Eko-Rimba Kenong, Lipis Chengal Travel & Tours Sdn. Bhd.
No. Tel: 012-9277433/019-9865170
Emel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 8 Taman Eko-Rimba Lata Jarum, Raub JKKK Kg. Peruas
No. Tel: 019-96380929 Taman Negeri Rompin, Pahang Rompin Park Resort Sdn. Bhd.
No. Tel: 07-7991205
Emel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 10 Taman Eko-Rimba Lubuk Yu, Maran Lubuk Yu Eco park
No. Tel: 019-7446717/018-9048919
Emel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 11 Hutan Simpan Lakum, Kompartmen 14 Syahmi Maju Holding Sdn. Bhd.
No. Tel: 019-9306328
Emel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 12 Air Terjun Ulu Tampik, Janda Baik
Hutan Simpan LentangSahabat Alam Tampik, Janda Baik
No. Tel: 019-3470772
www.tampikwaterfall.com13 Taman Eko-Rimba Parit Falls, Cameron Highlands Ika Jaya Sdn. Bhd.
No. Tel: 011-15659002
www.facebook.com/paritfallcampsite/Kadar bayaran yang dikenakan adalah tertakluk kepada pengurus/operator swasta.
- Peta Taman Eko-Rimba
