Skip to main content

Permit Memasuki HSK

Nama Permit Permit memasuki  Hutan Simpan Kekal  (Borang 6)
Aktiviti/Jenis Lesen Permit ini  membenarkan memasuki  mana­-mana bahagian Hutan Si mpanan Kekal.
Tujuan Kebenaran kepada orang awam untuk tujuan yang dibenarkan (contoh rekreasi) memasuki  Hutan Simpan Kekal  selain HSK berstatus terbuka.
Lokasi permohonan
  1. Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Tingkat 5 Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan
  2. Pejabat Hutan Daerah Kuantan/Pekan/Maran Bukit Sekilau, 25200 Kuantan
  3. Pejabat Hutan Daerah Rompin 26800 Rompin
  4. Pejabat Hutan Daerah Bentong, JKR 241, Jalan Bukit 28700 Bentong
  5. Pejabat Hutan Daerah Lipis, 27200 Kuala Lipis
  6. Pejabat Hutan Daerah Raub, Rotan Tunggal 27600 Raub
  7. Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands, Tanah Rata 39000 Cameron Highlands
  8. Pejabat Hutan Daerah Jerantut Batu 1, Jalan Benta 27000 Jerantut
  9. Pejabat Hutan Daerah Temerloh/Bera 28000 Temerloh
Syarat-syarat Permohonan Permit
  1. Mengemukakan permohonan ke Pejabat  Hutan Daerah berkaitan  tujuan memasuki Hutan Simpan dan  lokasi permohonan.
  2. Mengemukakan dokumen berikut  ke Pejabat  Hutan Daerah yang berkenaan seperti berikut:
    1. Salinan Sah Kad Pengenalan/  Kad Pemohonan dan senarai nama ahli kumpulan beserta kad pengenalan berwarna jelas.
    2. Bagi permohonan untuk menjalankan kajian,  sila sertakan surat  kelulusan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang/Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
    3. Surat kelulusan permit biodiversity Pahang.
    4. Surat Tawaran Kerja Pembangunan.
  3. Mematuhi syarat-­syarat  seperti mana dalam Akta Perhutanan 1984 semasa berada di dalam Hutan Simpan.
Fi / Tempoh Sah Laku
Permit
  1. Permit  memasuki Hutan Simpan Kekal ialah RM10.00 bagi satu kemasukan seorang.
  2. Tempoh Sah Laku adalah untuk sekali kemasukan sahaja.
Entiti Perniagaan Yang Layak Memohon
  1. Perniagaan
  2. Syarikat
  3. Perkongsian Liabiliti Terhad
  4. Koperasi
  5. Individu
  6. Lain-lain