• Laman Utama
  • Mengenai JPNP
  • Info Korporat
  • Dasar Jabatan

Dasar Kitar Semula

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mengambil serius amalan kitar semula terutamanya bahan buangan bukan organik seperti minyak hitam, minyak brek, tayar terpakai, bekas tadahan minyak dan lain-lain.  Amalan kitar semula seperti di atas adalah untuk menjaga alam sekitar dan hutan negara kita.  Para pemegang konsesi pembalakan adalah diminta untuk mematuhi dasar ini sebaik mungkin,

Pemeriksaan secara berkala atau mengejut akan dilakukan oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang untuk melihat sama ada para pemegang konsesi mematuhi dasar dan arahan jabatan ini.  Pemegang konsesi yang gagal untuk melaksanakan Dasar Kitar Semula akan disenaraihitamkan dari sebarang kawasan pembalakan pada masa hadapan.

Kitar Semula.  Bersamalah menjaga alam sekitar.

 

DATO' DR. HIZAMRI BIN MOHD YASIN, DIMP., PMP., AMP.

Pengarah Perhutanan Negeri Pahang Darul Makmur

22 Disember 2017

Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang akan memberi keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan warga kerja yang bertugas di jabatan ini.

Maka, pihak pengurusan dan warga kerja akan berusaha dan bekerjasama untuk mencapai Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi jabatan ini sebagaimana yang tercatat seperti berikut;

  • Memastikan tempat kerja dan persekitarannya dalam keadaan baik dan selamat bagi kakitangan dan mereka yang berkaitan
  • Memastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan
  • Menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya serta mengambil langkah-langkah untuk memastikan agar kejadian tersebut tidak berulang
  • Mematuhi kehendak perundangan mengenai keselamatan dan kesihatan sepertimana yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan peraturan-peraturan serta akta-akta lain yang berkuatkuasa

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang juga akan merealisasikan ke arah amalan budaya kerja yang selamat dan sihat di jabatan ini.

 

DATO' DR. MOHD HIZAMRI BIN MOHD YASIN, DIMP., PMP., AMP.

Pengarah Perhutanan Negeri Pahang Darul Makmur

2 Januari 2019

 

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNPFacebookJPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Sabtu 23 September 2023.
Hari Ini 300
Semalam 171
Minggu Ini 300
Bulan Ini 7257
Jumlah Pelawat 393411
Test

sasasasasasasasa