Seksyen Pengurusan Hutan
Seksyen Pengurusan Hutan
Fungsi Seksyen :
- Menjalankan dan memantau projek-projek khusus seperti kajian tumbesaran, kajian tadahan air, Inventori Hutan Sebelum Tebangan / Bancian Hutan Nasional dan Penandaan Pokok;
- Menjalankan penilaian sumber hutan dan kajian-kajian pembangunan hutan untuk mendapatkan maklumat-maklumat teratur untuk perancangan, pemeliharaan dan pengurusan sumber hutan serta pengeluaran dan penggunaan yang optimum;
- Memasuk dan memproses data-data penandaan pokok mengikut Borang Kawalan dan Penandaan Pokok yang dihantar oleh Pejabat Hutan Daerah;
- Memasuk dan memproses data Bancian Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F) untuk penentuan Had Batas Tebangan (HBT); dan
- Memantau perlaksanaan MC&I (Hutan Asli) supaya Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mencapai tahap yang dikehendaki
Seksyen Hutan Lipur
Seksyen Hutan Lipur
Fungsi Seksyen:
- Merancang, melaksana dan memantau projek Hutan Lipur yang terdapat di negeri Pahang selaras dengan kehendak dan keperluan Kerajaan Negeri Pahang;
- Merancang, melaksana dan memantau projek ekopelancongan dan hutan masyarakat yang terdapat di Negeri Pahang selaras dengan kehendak dankeperluan kerajaan negeri;
- Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan publisiti dan pengembangan seperti pameran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang;
- Mengkaji penubuhan Hutan Taman Negeri dan Hutan Lipur yang baru untuk ditubuhkan;
- Menganjurkan aktiviti rekreasi, ekspedisi dan ceramah perhutanan secara tepat dan berkala; dan
- Mencetak dan menerbitkan risalah dan buletin perhutanan untuk edaran umum.
Sekyen Penguatkuasaan
Sekyen Penguatkuasaan
Seksyen Penguatkuasaan terbahagi kepada dua zon iaitu Zon Pahang Timur dan Zon Pahang Barat.
Fungsi Seksyen:
- Menjalankan penguatkuasaan Undang-undang Hutan sepertimana yang dikehendaki oleh Akta Perhutanan Negara 1984 dan Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1987 serta Kaedah-kaedah dan Peraturan-peraturan berkaitan;
- Menyediakan kertas siasatan berkaitan dengan kesalahan hutan dan menjalankan pendakwaan di mahkamah sekiranya perlu berbuat demikian;
- Menjalankan kerja-kerja risikan terhadap kesalahan dan penerokaan hutan dalam usaha mencegah pencerobohan kawasan-kawasan Hutan Simpanan Kekal.
Seksyen Industri dan Pengusahasilan
Seksyen Industri dan Pengusahasilan
Fungsi Seksyen:
- Menyediakan dokumen-dokumen pelesenan berkaitan dengan pengusahasilan hutan dan industri berasas hutan serta memantau aktiviti-aktiviti berkenaan supaya selaras dengan keperluan Dasar Perhutanan Negara;
- Menyedia khidmat nasihat teknikal kepada pengusaha kilang; dan
- Mengkaji pengembangan kemajuan dan pembangunan industri berasas kayu.
Unit Sokongan Teknikal
Unit Sokongan Teknikal
Fungsi Unit:
- Menyediakan khidmat nasihat dan bantuan dalam urusan berkaitan kelarian jalan tuju serta mengawal selia pembinaan jalan dalam kawasan usahasil agar menepati kehendak spesifikasi Garis Panduan Jalan Hutan 2010 (Pindaan 2013);
- Memantau pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur supaya selaras dengan spesifikasi yang ditetapkan;
- Menyediakan khidmat nasihat dan bantuan dalam urusan berkaitan kejuruteraan hutan, merancang pembinaan jalan hutan serta segala infrastruktur;
- Menyediakan dokumen sebutharga dan tender kontrak;
- Menyelenggara dan mengemaskini rekod-rekod infrastruktur;
- Menyediakan maklumat rancangan keperluan infrastruktur Jabatan Perhutanan Negeri Pahang; dan
- Mengawal selia kenderaan Jabatan.