Nama Lesen |
Lesen Mengambil Hasil Hutan (Borang 1) |
Aktiviti / Jenis Lesen |
Mengambil hasil hutan (kayu balak) dari Hutan Simpanan Kekal dan Hutan Tanah Kerajaan |
Tujuan |
Lesen untuk mendapatkan kebenaran mengambil hasil hutan (kayu balak) dari pada mana-mana Hutan Simpanan Kekal dan Hutan Tanah Kerajaan |
Lokasi permohonan |
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Tingkat 5, Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan, Pahang Darul Makmur |
Syarat permohonan |
- Mendapat kelulusan membalak (Kelulusan MMK)
- Menjelaskan semua bayaran yang berkaitan
Kuasa melesen pengambilan hasil hutan daripada Hutan Simpanan Kekal atau Hutan Tanah Kerajaan adalah dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK)
Tiap-tiap lesen hendaklah berkuatkuasa tertakluk kepada apa-apa peruntukan yang terkandung di dalamnya setakat mana tidak berlawanan dengan mana-mana peruntukan lain yang ditetapkan.
|
Fi / Tempoh Sah Laku Lesen |
- Bayaran Proses Permohonan: RM2/ha
- Penyedi aan & Pengesahan Sempadan: RM30/ha
- Hutan Simpanan Kekal:
Deposit: RM255.00/ha Premium Balak: RM4200 x ha
- Hutan Tanah Kerajaan:
Deposit: RM170.00/ha Premium Balak: RM3500.00 x ha
- Lain-lain bayaran (pendaftaran pelesen/kontraktor balak, permit penggunaan jalan/kongsi/matau, tukul pengelasan/hasil, bayaran jaras) yang berkaitan
Tiap-tiap lesen hendaklah dikeluarkan bagi tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh keluarannya dan boleh diperbaharui selama tempoh pembaharuan tidak lebih dari enam (6) bulan oleh Pengarah Perhutanan Negeri Pahang bagi Pihak Berkuasa Negeri Pahang dengan mengemukakan permohonan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh tamat tempohnya. |
Entiti Perniagaan yang Layak Memohon |
Syarikat/ koperasi (Yang telah berdaftar dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang) |