• Laman Utama
  • Info Perhutanan
  • MC&I
  • Wawasan, Misi dan Dasar
WAWASAN
Untuk menjadi agensi terunggul dalam pengurusan Hutan Tropika secara berkekalan.

MISI
Untuk mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosio - ekonomi negara.

DASAR KUALITI
  • Jabatan Perhutanan Negeri Pahang adalah komited untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam Pengurusan Pengeluaran Kayu Bulat Secara Berkekalan bagi Hutan Darat Asli di Hutan Simpanan Kekal supaya dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa, kaedah dan peraturan-peraturan untuk memenuhi kehendak pelanggan.
  • Jabatan Perhutanan Negeri Pahang percaya perkara ini dapat dicapai melalui penerapan budaya kerja yang memenuhi keperluan MS ISO 9001:2015 pada semua peringkat kakitangan dalam pelaksanaan sistem pengurusan kualiti yang berkesan dengan komitmen yang tinggi dari pengurusan atasan hingga ke peringkat bawahan.
  • Jabatan Perhutanan Negeri Pahang akan mengenalpasti dari masa ke semasa kelemahan-kelemahan dalam organisasi dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan dengan penglibatan semua tenaga kerja untuk menambahbaik secara berterusan Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.
  • Semua ketua unit akan memantau dan mengkaji pretasi sebenar pelaksanaan objektif-objektif kualiti yang telah ditetapkan di bawah bidang tugas serta tanggungjawab masing-masing dan mengambil tindakan segera apabila prestasi pelaksanaan tidak mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan.
  • Dasar kualiti dihebahkan untuk difahami oleh semua anggota organisasi.
DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG

Adalah menjadi dasar Jabatan Perhutanan Negeri Pahang untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya.

Pihak pengurusan dan pekerja akan bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dan objektif-okjektif dasar ini melalui rundingan dan kerjasama.

Dasar-dasar jabatan adalah:-

  1. Untuk menyediakan dan menyelenggara suatu tempat kerja dan sistem yang selamat dan sihat
  2. Untuk memastikan semua kakitangan adalah diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat tanpa risiko kepada kesihatan
  3. Untuk menyiasat dan merekod semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang lagi
  4. Untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan mengenai keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan dan garispanduan yang ditetapkan
  5. Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan asas bagi semua pekerja
  6. Jabatan yakin bahawa keselamatan dan kesihatan mestilah diintegrasikan ke dalam aktiviti-aktiviti harian kita dan penggunaan cara kerja yang selamat dan sihat adalah faktor utama ke arah memastikan kejayaan misi kita
DASAR KITAR SEMULA

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mengambil serius amalan kitar semula terutamanya bahan buangan bukan organik seperti minyak hitam, minyak brek, tayar terpakai, bekas tadahan minyak dan lain-lain.  Amalan kitar semula seperti di atas adalah untuk menjaga alam sekitar dan hutan negara kita.  Para pemegang konsesi pembalakan adalah diminta untuk mematuhi dasar ini sebaik mungkin,

Pemeriksaan secara berkala atau mengejut akan dilakukan oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang untuk melihat sama ada para pemegang konsesi mematuhi dasar dan arahan jabatan ini.  Pemegang konsesi yang gagal untuk melaksanakan Dasar Kitar Semula akan disenaraihitamkan dari sebarang kawasan pembalakan pada masa hadapan.

Kitar Semula.  Bersamalah menjaga alam sekitar.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNPFacebookJPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Sabtu 23 September 2023.
Hari Ini 301
Semalam 171
Minggu Ini 301
Bulan Ini 7258
Jumlah Pelawat 393412
Test

sasasasasasasasa