Ringkasan Umum Rancangan Pengurusan Negeri Pahang
Ringkasan Awam Pengurusan Hutan Negeri Pahang adalah untuk memberi gambaran kepada pihak awam tentang pelaksanaan pengurusan hutan di Negeri Pahang. Secara umumnya, pengurusan hutan Negeri Pahang adalah berdasarkan Rancangan Pengurusan Hutan (RPH) Negeri Pahang ini telah dihasilkan oleh Jabatan Perhutanan,Pahang (JPNP) yang dijana mengikut Panduan Penyediaan Rancangan Pengurusan Hutan Bagi Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Tempoh RPH ini adalah selama 10 tahun bermula Tahun 2016 hingga Tahun 2025. Jangka masa pelaksanaan ini adalah melibatkan Rancangan Malaysia Ke-11 dan Rancangan Malaysia Ke-12. Satu kajian separuh penggal akan dilakukan pada akhir Rancangan Malaysia Ke-11 pada Tahun 2020. RPH bagi tahun 2016 hingga 2025 telah dibentangkan di Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang iaitu MMK Ke-27/2017 pada 4 Oktober 2017.