Nama Lesen
|
Permit Penggunaan (Borang 4)
|
Aktiviti / Jenis Lesen
|
Menduduki atau menjalankan aktiviti di dalam Hutan Simpan Kekal.
|
Tujuan
|
Kebenaran menduduki atau menjalankan mana-mana aktiviti di dalam Hutan Simpan Kekal bagi tujuan:
- Penyelidikan
- Pelajaran atau latihan
- Rekreasi
- Penggunaan sumbar air kecuali pembinaan atau pengendalian empangan hidroelektrik
- Penanaman sayur-sayuran dan tanaman foder
- Penubuhan loji penukaran
- Penubuhan insfrastruktur pembalakan
|
Lokasi Permohonan
|
- Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Tingkat 5 Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan
- Pejabat Hutan Daerah Kuantan/Pekan/Maran Bukit Sekilau, 25200 Kuantan
- Pejabat Hutan Daerah Rompin 26800 Rompin
- Pejabat Hutan Daerah Bentong, JKR 241, Jalan Bukit 28700 Bentong
- Pejabat Hutan Daerah Lipis, 27200 Kuala Lipis
- Pejabat Hutan Daerah Raub, Rotan Tunggal 27600 Raub
- Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands, Tanah Rata 39000 Cameron Highlands
- Pejabat Hutan Daerah Jerantut Batu 1, Jalan Benta 27000 Jerantut
- Pejabat Hutan Daerah Temerloh/Bera, Tingkat 2, Blok C, Kompleks Pejabat Kerajaan, 28000 Temerloh
|
Syarat permohonan
|
Syarat-syarat semasa permohonan :
- Pemohon perlu mengemukakan surat permohonan ke Pejabat Hutan Negeri atau Pejabat Hutan Daerah mengikut jenis permit yang dimohon berserta dokumen-dokumen yang diperlukan. Contoh : Pelan Kawasan.
- Permit Penggunaan hanya boleh dikeluarkan bagi tujuan menjalankan mana-mana aktiviti berikut:
a. Penyelidikan b. Rekreasi c. Pelajaran atau latihan d. Penggunaan sumbar air e. Menjalankan Perniagaan f. Pembinaan atau pengendalian mini hidroelektrik e. Pertanian/Penternakan f. Kuari dan tempat menyimpan pecahan batubatan g. matau (termasuk matau dalam akwasan mambalak) h. Penubuhan Insfrasruktur pembalakan
- Permit Penggunaan tidak boleh dikeluarkan bagi maksud mengambil hasil hutan;
- Permit Penggunaan hendaklah dikeluarkan bagi suatu tempoh yang tamat tidak lebih dari akhir tahun kalender dalam mana ia mula dikeluarkan dan boleh diperbaharui dari semasa ke semasa;
- Permit Penggunaan tidak boleh dipindahmilik atau berpindah atas kematian;
- Permit Penggunaan boleh digantung atau dibatal;
- Mana-mana harta alih yang dibawa ke atas tanah yang diliputi oleh sesuatu Permit Penggunaan boleh dipindahkan oleh pemunya permit itu dalam tempoh kuatkuasa permit itu, tetapi jika mana-mana harta alih berada di atas tanah itu lebih dari 90 hari selepas tamat tempoh atau pembatalan permit itu, Pengarah boleh melupuskan harta itu mengikut apa-apa cara sebagaimana difikirkan patut dan boleh mendapatkan semula daripada pemunya harta atau pemegang permit penggunaan itu apa-apa perbelanjaan yang ditanggung olehnya dalam melupuskan harta tersebut.
|
Fi / Tempoh Sah Laku Permit |
A. Permit Penggunaan (Borang 4):
- Penyelidikan = RM 100 / setiap permit setahun.
- Pelajaran dan Latihan = RM 100 / setiap permit setahun atau sebahagian daripadanya.
- Rekreasi = RM 300/setiap permit setahun atau sebahagian daripadanya.
- Penggunaan sumber air = RM 100 / bagi setiap permit setahun
- Menjalankan perniagaan = RM 25 / bagi setiap permit setahun
- Pembinaan atau pengendalian mini hidroelektrik = RM 500.00 / bagi setiap permit setahun.
- Pertanian/Penternakan = RM 300.00/ ha setahun.
- Kuari dan Tempat menyimpan pecahan batu batan = 5000.00/ ha atau sebahagian daripadanya.
- Matau (termasuk matau dalam akwasan membalak) = 300.00/ ha atau sebahagian daripadanya.
- Tujuan lain yang tidak disebutkan = RM 100/setiap permit atau sebahagian daripadanya.
- Penubuhan Insfrastuktur pembalakan = RM 300/ ha setahun.
B. Tempoh sah laku.
Permit penggunaan hendaklah dikeluarkan bagi satu ( 1 ) tempoh yang tidak lebih dari akhir tahun kalendar dalam mana ia mula dikeluarkan. |
Entiti Perniagaan yang Layak Memohon |
- Perniagaan
- Syarikat
- Perkongsian liabiliti
- Koperasi
|